Untuk yang dah biasa join sukan ekstrem, nama Viper Challenge memang tak asing lagi. Tapi kali ni memang lain dari yang lain!
Sempena ulang tahun ke-60 penubuhan 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Viper tampil dengan edisi khas yang diberi nama Viper Challenge Commando!
Ini bukan perlumbaan berhalangan yang biasa korang join tau, tapi ia diinspirasikan dari elemen latihan sebenar pasukan komando elit negara!
Cabaran kali ini akan betul-betul menguji sejauh mana ketahanan fizikal dan mental korang!
Viper Challenge Commando: Medan ujian fizial & mental

Kalau korang nak tahu, Viper Challenge Commando ini dibuat untuk orang-orang yang berani cabar diri untuk keluar dari zon selesa. Halangan yang disediakan pula bukan “asal boleh” je tapi ia diinspirasi dari elemen latihan ketenteraan sebenar, sekaligus menjadikan setiap meter laluan penuh tekanan dan cabaran.
Tak cukup dengan itu, peserta bakal melalui kombinasi halangan seperti merangkak dalam laluan sempit berlumpur, memanjat struktur tinggi, mengharungi permukaan licin serta menguji daya tahan fizikal dalam situasi yang mencabar.
Cabaran dipantau oleh pasukan GGK

Apa yang membuatkan Viper Challenge kali ini lebih menarik, seluruh konsep dan cabaran yang disediakan akan dijalankan di bawah pemantauan langsung anggota GGK. Peserta akan beraksi di bawah pemantauan pasukan yang terkenal dengan disiplin yang tinggi, ketepatan operasi dan reputasi mereka sebagai unit berprestij dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Ini sekaligus menjadikan pengalaman Viper Challenge Commando lebih realistik dan mempunyai nilai simbolik tersendiri demi memberi penghormatan kepada pasukan yang selama ini telah berkhidmat mempertahankan negara.
Apa yang korang boleh ‘expect’ dari Viper Challenge Commando?
Menariknya, cabaran ini bukan hanya terbuka kepada peserta dewasa yang mahu cabar diri sendiri. Tapi mereka turut sediakan kategori kanak-kanak supaya mereka dapat didedahkan dengan aktiviti lasak dan pengalaman menjalani latihan seperti komando tapi dalam keadaan yang lebih selamat dan terkawal.
Antara kategori yang ditawarkan termasuklah:
Viper 7KM Elite & Open (RM80-RM129)

Untuk peserta dewasa yang mahu mencabar stamina dan kekuatan diri.
Viper Kids 2KM Open (RM40-RM50)

Sesuai untuk kanak-kanak berusia 10 hingga 13 tahun yang dah bersedia untuk melakukan cabaran.
Viper Kids 1KM Open (RM40-RM50) 
Kategori mesra untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 9 tahun yang akan melalui cabaran halangan yang lebih ringan dan selamat.

Selain kategori orang awam, Viper Challenge Commando juga turut menampilkan kategori Military yang dibuat khas untuk anggota tentera yang masih berkhidmat dalam Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara Malaysia.
Peserta kategori ini diwajibkan untuk tunjuk Kad Pengenalan Tentera semasa hari pendaftaran. Sekiranya gagal mengemukakan dokumen sah, peserta perlu tukar kategori dan membuat bayaran tambahan mengikut kategori bersesuaian.
Kategori Military ini lebih bersifat kompetitif dan profesional, ia merupakan platform untuk anggota tentera sendiri menguji keupayaan fizikal serta ketahanan diri dalam suasana yang mencerminkan semangat sebenar pasukan komando.
Dengan yuran penyertaan, korang akan dapat:

• Penyertaan rasmi dalam acara
• Wristband untuk kemasukan ke kawasan acara
• T-shirt finisher eksklusif
• Medal penamat selepas berjaya menamatkan cabaran
• Sistem pemasaan (untuk kategori kompetitif)
Maklumat acara
VIPER COMMANDO CHALLENGE 2025
📍 Lokasi: Klebang, Melaka
📅 Tarikh: 28 Disember 2025
⏰ Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi dan tempat adalah terhad, jadi pastikan korang beli tiket cepat-cepat dan follow Viper Challenge di Facebook dan Instagram atau laman web rasmi.
*Tiket perlumbaan tidak boleh dikembalikan dalam apa jua keadaan, termasuk sebab peribadi. Peserta boleh menangguhkan penyertaan mereka atau memindahkan penyertaan kepada orang lain atau ke acara akan datang, tertakluk kepada terma dan syarat.
**Tiada race pack atau pengambilan race pack untuk acara Viper Challenge. Jika peserta memilih untuk tidak hadir atau tidak dapat hadir, mereka tidak akan menerima barangan tersebut, dan tiada bayaran balik akan diberikan.


