in

“Berani betul dia!” – Pakai ‘Dress’ Fabrik Keffiyeh, Netizen Kagum Dengan Bella Hadid

Syaz Ft 84

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai selebriti dari dalam serta luar negara menggunakan platform mereka untuk menyatakan sokongan terhadap bumi Palestin.

Salah seorang selebriti serta model terkenal, Bella Hadid baru-baru ini mengambil kesempatan dengan memakai dress yang diperbuat daripada keffiyeh iaitu sejenis fabrik bercorak yang amat sinonim dengan Palestin.


Artikel berkaitan: Kongsi Pengalaman Perit Keluarga Pernah Dihalau, Bella Hadid Gesa Pemimpin Henti Perang Gaza

Artikel berkaitan: Bapa Bella Hadid Cerita Kisah Dihalau Sampai Jadi Pelarian Gara-Gara Bagi Orang Yahudi Tumpang Rumah

Merujuk kepada sejarah, keffiyeh merupakan kain yang biasanya dipakai oleh orang Palestin sebagai skaf, keffiyeh yang juga dikenali sebagai hatta itu juga merupakan salah satu cara rakyat palestin menyembunyikan identiti ketika Pemberontakan Arab dalam melawan British pada 1936.

Sehingga hari ini, keffiyeh ini sudah menjadi simbol malah ada yang menggelarkannya sebagai bendera kedua Palestin.

Bella Hadid yang berketurunan Palestin itu memakai dress atau gaun diperbuat daripada fabrik itu dalam satu acara bagi Festival Filem Cannes 2024.

@_anumsajjad

#bellahadid #bellahadidcannes #cannesfilmfestival #cannesfilmfestival2024

♬ I Wanna Be Loved By You – Marilyn Monroe

Pengasas jenama minyak wangi Orabella itu, memakai gaun tersebut sebagai simbol menyokong Palestin dan tindakannya itu membuatkan ramai yang terpegun.

Cats 24

Difahamkan, gaun tersebut direka oleh pereka fesyen Michael & Hushi yang sebelum ini pernah menggunakan keffiyeh sebagai fabrik bagi koleksi fesyen mereka.

Sumber: TikTok, Vogue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.