in

Benjamin Britten: Kisah Komposer Hebat Abad Ke-20 Yang Cipta Lagu Kebangsaan Tapi Akhirnya…

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum lagu negeri Perak ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ dipilih untuk menjadi lagu kebangsaan rasmi, negara kita hampir menggunakan lagu yang dicipta oleh salah seorang komposer terpenting pada abad ke-20 tau!

Macam mana pula komposer terkenal boleh nak buatkan lagu untuk Malaysia dan kenapa lagu dia tak digunakan? Kalau korang nak tahu, baca kisahnya dekat bawah ni.


Pengalaman Benjamin Britten di Malaysia

22Iht Britten22 Superjumbo

Benjamin Britten merupakan seorang komposer British, konduktor dan pemain piano. Dia merupakan salah seorang tokoh muzik terkenal di abad ke-20 dan terkenal dengan muzik seperti opera dan orkestra.

Dia dilahirkan di Lowestoft, Suffolk dan merupakan anak kepada doktor gigi. Namun, Benjamin telah menunjukkan bakatnya sejak di usia muda. Dia mula dikenali di seluruh dunia selepas mengeluarkan lagu untuk opera Peter Grimes pada 1945.

Tapi macam mana pulak dia boleh nak buat lagu untuk Tanah Melayu?

Kalau korang nak tahu, Benjamin memang tak tahu apa-apa pasal Malaysia atau masa tu masih dipanggil Tanah Melayu ni, malah dia pernah jejakkan kaki ke negara kita sekali je untuk beberapa jam ketika membuat world tour pada tahun 1956.

Ceritanya, Benjamin sepatutnya dijadualkan untuk bersiar-siar di sebuah ladang getah tapi masanya di Tanah Melayu telah dihabiskan dengan pengalaman yang menakutkan kerana menganggap dia akan ditembak oleh gerila komunis.

Dia pernah menceritakan pengalamannnya apabila dia tersangkut di dalam hujan lebat di dalam hutan tersebut sambil menunggu komunis untuk menyerangnya. Dia mula tak panik apabila dia sedar yang mereka pun tak keluar waktu hujan. Benjamin kemudiannya telah dihantar pulang semula ke hotelnya di Singapura.

Diminta cipta lagu kebangsaan Malaysia

Mw125531

Pada Jun 1957, kerajaan negara terdesak untuk mencari irama lagu kebangsaan negara selepas hampir mencapai kemerdekaan dari Britain dalam masa kurang lagi dua bulan. Segala lagu rakyat telah didengari namun tak ada yang sesuai, kemudian satu pertandingan mencipta lagu juga telah dibuat dan menerima 500 penyertaan tapi semuanya ditolak.

Ekoran kesuntukan masa, kerajaan pada ketika itu juga telah meminta beberapa komposer terkenal termasuk William Walton yang dikenali dengan lagu untuk perarakan ketika pertabalan namun tak ada seorang pun yang mahu menerima tawaran tersebut kecuali Benjamin Britten.

Selama dua hari, Benjamin telah mencuba untuk ciptakan lagu yang sesuai sehingga dia pernah menulis kepada pemain violinnya, Yehudi Menuhin mengatakan bahawa ia merupakan “satu kerja yang menakutkan”.

Akhirnya, Benjamin telah menghasilkan satu lagu yang dia sendiri katakan sebagai satu lagu yang dia rasakan tak berjaya. Korang boleh dengar dekat bawah ni:

Lagu ini kemudiannya dihantar kepada kerajaan Malaysia tapi dorang tak rasa lagu tersebut mengagumkan kerana beberapa minggu selepas itu, manuskrip tersebut dihantar semula ke Benjamin dan dia diminta untuk mencipta lagu yang lebih berbunyi Melayu.

Kerajaan pada ketika itu juga turut memberikan beberapa rakaman lagu rakyat dengan harapan melodi tersebut dapat dimasukkan ke dalam lagu ciptaannya.

Benjamin bersetuju untuk mencipta semula lagu seperti yang diminta walaupun dia merasakan lagu yang dihantar oleh kerajaan mempunyai bunyi-bunyi pelik yang dia tak pernah dengar sebelum ini.

Beberapa minggu sebelum 31 Ogos, Benjamin telah menghantar versi terakhir lagu tersebut namun kerajaan telah menolak lagu tersebut dan memilih lagu negeri Perak untuk dijadikan lagu kebangsaan yang kita kenal hari ini iaitu “Negaraku”.

Kenapa lagunya ditolak?

Untitled Design 2022 08 31T010845.381

Pun begitu, kerajaan Malaysia tidak memberikan apa-apa sebab kepada Benjamin tentang kenapa lagu ciptaannya tak digunakan dan akhirnya ia terus dilupakan. Lagu ini pernah dimainkan secara terbuka sekali sahaja pada tahun 2007 di sebuah konsert di London bagi menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-50.

Menurut seorang cendekiawan Mervyn Cooke, yang mengkaji hubungan di antara Benjamin Britten dan Asia, dia menganggap komposer tersebut bersetuju untuk mencipta lagu tersebut kerana dua sebab, iaitu:

Dia sangat percaya dalam menulis lagu yang berguna dan lagu kebangsaan turut termasuk dalam kategori tersebut. Tapi, bayaran sebanyak 100 guineas (lebih kurang RM600) agak berbaloi untuk lagu ringkas.”

Selain itu, Mervyn turut mengatakan kemungkinan Malaysia menolak lagu tersebut bukanlah disebabkan kualiti yang diberikan tapi mungkin kerana ia merupakan satu acara bersejarah selepas mendapat kemerdekaan dari Britain, jadi macam tak sesuai pulak nak guna lagu yang dicipta oleh orang British. Betul jugak…

Manakala bagi Benjamin pula, dia mengatakan walaupun dia marah lagu tersebut tidak digunakan, namun dia tak terkejut dengan keputusan tersebut.

Tapi saya lebih suka lagu saya digunakan dari saya cipta satu karya agung tapi ia tak digunakan.”

Apa pendapat korang, agak-agaknya kenapa kerajaan tak nak guna lagu yang dia buat?

Sumber: BBC

 

Baca: Khatijah Sidek: Pejuang Kemerdekaan Yang Tubuhkan Tentera Wanita Menentang Jepun & Dibuang Dari UMNO

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.