Memang lah customer is always right tapi itu tak bermakna kita boleh mengasari pekerja sesuka hati kita. Lebih-lebih lagi kalau pasal hal kecil je
Kesian dengan pramugari Air Asia ini, disimbah air panas oleh penumpang semata-mata tak dapat duduk bersebelahan dengan kekasihnya. What the heck?
Mengamuk tak dapat duduk sebelah teman lelaki
Penumpang wanita, dari China menyerang pramugari Thai Air Asia. dengan melemparkan cawan mee apabila dia mengetahui bahawa dia tak dapat duduk bersebelahan dengan teman lelakinya dalam penerbangan charter dari Bangkok ke Nanjing, China.
Di saat suasana tegang, penumpang mengeluarkan telefon pintar mereka dan merakam gambar pramugrari tersebut yang cedera sambil menutup mukanya dan menjerit kesakitan.
Suasana dalam penerbangan menjadi huru-hara apabila pramugari tersebut disiram dengan air panas – biarpun ada seorang anak kapal lain dan bantu tukarkan tempat duduknya!
Apabila kapal terbang mendarat, pihak berkuasa menaiki pesawat dan penumpang diusir keluar bersama pasangannya
Teman lelaki penumpang ‘back up’ wanita dan buat ancaman untuk letupkan pesawat
Lapor Dailymail, semasa kekecohan berlaku seorang lelaki yang dipercayai sebagai teman lelaki wanita itu keluar dari kerusinya dan marah serta mengancam untuk meletupkan pesawat itu kerana atendan penerbangan yang cedera itu dibela rakan sekerjanya.
Bahkan, lelaki itu siap boleh kata insiden itu berlaku secara tidak sengaja. Menurutnya, ia boleh berlaku ketika pramugari sedang memberikan resit air panas yang dipesan di saat mereka sedang bertengkar.
Kejadian yang berlaku pada Disember 2014 ini, menjadi bualangan hangat semula netizen di media sosia
Perjalanan terpaksa dilanjutkanlebih 90 minit, kembali ke lapangan terbang Bangkok. Buat pendaratan kecemasan
Disebabkan itu, juruterbang memutuskan untuk membatalkan perjalanan selama 90 minit ke China timur dan kembali ke lapangan terbang di Bangkok, di mana pesawat membuat pendaratan kecemasan.
Salah satu gambar yang muncul di laman web rangkaian sosial Weibo menunjukkan seorang lelaki yang membawa seorang gadis melalui kabin ketika dikawal oleh pihak berkuasa.
Diambil tindakan, dan dibayar pampasan kepada krew tersebut
Di lapangan terbang, pasangan itu terpaksa pulang ke rumah dalam penerbangan yang berbeza. Pihak berkuasa China telah mengambil tidnakan pada pasangan itu.
Mereka dilaporkan telah diperintahkan untuk membayar 50,000 baht Thai (kira-kira RM 5,200) sebagai pampasan kepada krew penerbangan yang cedera. Wanita yang melemparkan cawan air panas dan mee itu dikenakan denda tambahan 200 baht Thailand (kira-kira RM 20.30).l
Baca : Penerbangan Air Asia Ditangguhkan, Pramugari Nyanyi Lagu Jason Mraz Untuk Hiburkan Penumpang