in

Bengang Isu Bezakan Golongan Vaksin & Tak Vaksin, Netizen Anggap Rita Rudaini Tak Faham Konsep Vaksin?

rita rudaini isu vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sedia maklum, pelakon Rita Rudaini adalah antara selebriti yang menolak untuk divaksin dan memilih untuk menggelarkan dirinya sebagai ‘pro safe’ iaitu individu yang menunggu vaksin itu betul-betul selamat untuk digunakan.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pelakon ini meluahkan rasa tidak puas hatinya akan tindakan beberapa pihak yang membeza-bezakan antara golongan yang sudah divaksin dan belum divaksin lagi.


BeFunky collageRITA 1

 

“Ada posmen mai hantaq ka?” 

Menerusi video yang berdurasi 4.51 minit itu, Rita mengatakan bahawa dia tidak memahami bagaimana satu set penggambaran boleh terkena jangkitan COVID 19, jika kesemua yang terlibat sudah mendapat dua dos vaksin.

Macam mana boleh ada kejadian dalam set penggambaran ada kes covid? 

“Dalam set ‘shooting’ tu tak ada orang tak vaksin pun. Hampa ja puak-puak hampa dah vaksin. So covid tu mai daripada mana? 

“Ada posmen mai hantaq ka?” katanya marah.

rita rudaini vaksin

 

“Kita semua ni sebenarnya dipilih” 

Tambahnya lagi, mereka yang menolak vaksin COVID 19 ini merupakan insan yang dipilih Tuhan dan dibukakan mata untuk tidak menerima vaksin tersebut sewenang-wenang.

“Kita patut bersyukurlah, orang nak kata kita ini pelik ke tak normal ke. Kami rasa hidup kita ni lebih normal daripada hidup orang yang dok vaksin tu. Tak normal. Dia tak tau dok kena cucuk. 

“Kalau vaksin tu menyelamatkan nyawa, kenapa dok cucuk-cucuk? Baik jadi mat pet, baik jadi hisap dadah. Kata untuk antibody. Kalau dah cucuk tu, bukalah mask. Dok pakai mask lagi 4 lapis. Pasaipa?” katanya lagi.

@pendekarmasdo

#novaccineforme #novaccineforcovid19 #hakandahakkitasemua

♬ original sound – pandekarmasdo – 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠𝙖𝙧 𝙈𝙖𝙨𝙙𝙤

Malah katanya, cadangan untuk membezakan golongan tidak divaksin dengan telah divaksin dengan memberi mereka gelang adalah tidak logik.

Menurutnya lagi, langkah yang paling mudah untuk membezakan ialah mereka yang sudah divaksin sepatutnya membuka pelitup muka masing-masing kerana demi membuktikan bahawa vaksin tersebut berkesan.

 

“Setahu aku xde pulak KKM bagitahu yang dah vaksin x boleh kena covid”

Video yang viral ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen dan antaranya menganggap bahawa Rita tidak memahami konsep vaksin itu yang mengurangkan risiko jangkitan COVID 19.

vaksin covid tak mau ambik

Berikut pula penjelasan seorang doktor mengenai isu tersebut:

Apa-apapun diharapkan kita semua jaga diri sebaiknya dan cuba amalkan 3S untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan wabak ini. Vaksin seperti cara-cara lain juga adalah satu ikhtiar dalam memerangi wabak ini. 

Baca: Kadar Jangkitan COVID 19 Meningkat Ke 1.0, KJ Nasihat Untuk Ambil Dos ‘Booster’ Jika Dapat Temujanji

collage 25

Sumber: Blog
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.