Baru memasuki tahun 2024, masih ada lagi segelintir pihak yang tidak sensitif dengan masyarakat sekeliling.
Tular di media sosial seorang pengguna TikTok memuat naik konten berpura-pura berlakon seperti orang kurang upaya selepas menggunakan tandas OKU.
Dalam video itu, difahamkan lelaki terbabit sedang melakonkan satu sudut pandang (POV) menunjukkan keadaan apabila terpaksa menggunakan tandas OKU.
Artikel berkaitan: “Tak tahu kat mana lawaknya” – Tular Video Geng Basikal Persenda Golongan OKU Gunakan Tandas Khas
Artikel berkaitan: Dikecam Buat Lawak Ajuk Bahasa Isyarat Bisu Di TikTok, 2 Pemuda Mohon Maaf
Pada awal lakonan, dia berjalan laju seperti tidak tahan untuk membuang air kecil dan segera masuk ke tandas OKU.
??? pic.twitter.com/N1JMpTCptL
— ًِ (@bckupacc99) January 22, 2024
Kemudian, dia membuat aksi seperti seorang yang cacat dengan membengkokkan anggota kaki dan tangan sewaktu keluar dari tandas berkenaan.
Namun selepas beberapa langkah meninggalkan tandas OKU, dia kembali berjalan seperti biasa.
“Bila kau terpaksa in character,” tulisnya di ruangan kapsyen video.
Video tersebut ternyata mengundang kecaman orang ramai kerana telah mempersenda golongan OKU demi kontennya.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang menegur lelaki itu walaupun niat hanya untuk bergurau. Tapi, dia memberi respon balas dengan mengatakan lakonan itu adalah daripada kisah benar.
Video terbabit turut mendapat perhatian Datuk Dr Ras Adiba Radzi yang juga berstatus OKU yang menasihati individu terbabit supaya berhati-hati dalam tindakannya kerana boleh memakan diri.
Patut diberi pengajaran pihak yang mempersenda golongan OKU ni…