Siapa je yang tak kenal dengan pelakon jelita, Amelia Henderson yang mempunyai darah kacukan ni kan?
Amelia ni memang dah popular dari dia kecil lagi, untuk perempuan-perempuan yang selalu beli majalah Bintang Kecil mesti tahu pasal dia.
Baru-baru ini, pelakon dan model terkenal ini telah dipuji selepas peminatya dapat tahu, selain kecantikannya, Amelia juga merupakan seorang yang genius dan mempunyai bilangan IQ sebanyak 180. Fuh betul betul genius. Albert Einsten pun IQ dia 160 je tau!
Namun begitu, pujian dari individu tersebut telah menerima respon negatif dari seorang netizen yang mengaitkan statusnya sebagai seorang janda.
Menjawab “kritikan” ini melalui Twitter, pelakon ini mengatakan yang dia ok je kalau orang nak fikir macam tu.
if the biggest ‘problem’ with me is that i was once married, i think i’m doing ok ? https://t.co/z9CjlOPRO9
— anggun zahara (@ameliath) March 6, 2023
Pun begitu, Amelia menjelaskan yang dia tak suka dengan perkataan janda dan meminta untuk orang berhenti memperlekehkan wanita berdasarkan status perkahwinan semata-mata.
Saya juga benci dengan perkataan janda… Boleh tak kalau kita berhenti perlekehkan wanita dengan melabel kami dengan status perkahwinan di tahun 2023?
“Saya seorang pelakon yang telah memenangi anugerah, model, penerbit dan penari dengan pengalaman selama 27 tahun.
“Janda adalah perkataan yang sangat tidak dihormati dan tak menarik untuk gambarkan saya.”
Selain itu, Amelia turut mengatakan bahawa perkahwinan adalah sesuatu benda yang indah, namun begitu ia bukanlah satu “pencapaian”.
Berkahwin adalah sesuatu perkara yang indah, tapi ia bukanlah satu pencapaian. Wanita yang memilih untuk berkahwin atau pernah berkahwin tapi tak kekal tak boleh dipandang rendah hanya kerana mereka tak dapat nak “capai” perkahwinan.
“Jangan biarkan masyarakat untuk beri tekanan kalau anda belum bersedia.”
Betul apa Amelia cakap, ada macam-macam sebab bila berlakunya satu-satunya penceraian jadi janganlah rendah-rendahkan orang.
Baca: Gara-Gara Tak Balas DM Peminat, Amelia Henderson Kena Maki