Lepas satu-satu bencana yang melanda negara jiran kita Indonesia, sebelum ini Indonesia dikejutkan dengan badaian tsunami dan gempa bumi di Palu, Sulawesi sehingga mengorbankan kira-kira 1,200 nyawa.
Tidak lama kemudian kejadian tsunami Anak Krakatau yang mengorbankan lebih 400 nyawa dan selepas itu Desa Pangurugan di Cirebon, Jawa Barat pula dilanda puting beliung yang dahsyat.
Malah Indonesia sememangnya terkenal dengan bentuk bencana luar biasa sehingga mengorbankan banyak nyawa contohnya Tsunami di Lautan Hindi pada 2004 yang menggemparkan seluruh dunia dan menjadi bencana alam paling teruk dalam sejarah manusia sehingga mengorbankan lebih 230,000 nyawa dari 14 buah negara, dengan INDONESIA mencatatkan angka tertinggi kira-kira 170,000 yang terkorban khususnya di Wilayah Aceh.
Terbaru menurut hmetro, sekurang-kurangnya 8 orang maut dengan ribuan yang lain terpaksa keluar dari rumah masing-masing apabila rumah mereka dipercayai tenggelam selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa wilayah di Sulawesi Selatan, Indonesia..allahu..
Kejadian berlaku disebabkan hujan lebat disertai angin kuat
https://www.facebook.com/remajatanahair/videos/314171889211960/
Kejadian tersebut disebabkan oleh hujan lebat disertai angin kuat yang membadai beberapa kota di Sulawesi Selatan sepanjang malam, yang menyebabkan sungai melimpah sekaligus membanjiri puluhan kampung di sembilan daerah di Sulawesi Selatan termasuk Makassar.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BPNB), Sutopo Purwo Nugroho berkata setakat ini 8 orang ditemui maut dengan 5 di Janeponto manakala 3 di Gowa manakala sekurang-kurangnya 4 lagi masih hilang.
Angka korban dan hilang mungkin meningkat
https://www.facebook.com/youngki.moloukeyzz/videos/2460791760615111/
“Hujan lebat berintensiti tinggi sejak Selasa di beberapa kawasan di selatan Sulawesi mengakibatkan banjir.
“Bot dan bantuan pemakanan masih diperlukan untuk mangsa yang dipindahkan, dan penyelamat masih mencari mereka yang hilang.”
https://www.facebook.com/anton.sahertian2/videos/pcb.2003755293043137/2003755179709815/?type=3&theater
Data sementara BPNB menunjukkan 53 kampung di 9 kota di Wilayah Sulawesi Selatan mengalami banjir iaitu Jeneponto, Gowa, Maros, Soppeng, Barru, Wajo, Bantaeng, Pangkep dan Kota Makassar.
Ini antara gambar-gambar kejadian yang dikongsikan pengguna di media sosial sejak selasa.
Arus deras hingga meruntuhkan jambatan
Sebahagian kediaman dinaiki air hingga paras bumbung
Operasi menyelamat mangsa dibawa arus deras dan tanah runtuh
Banjir menenggelamkan sebahagian rumah
Semoga saudara kita di Indonesia terus tabah dan kuat dalam meneruskan hidup.
Baca : Tsunami Krakatau: Kanak-kanak 5 Tahun Selamat Lepas Terperangkap 12 Jam Bawah Sisa Runtuhan Tsunami