in

Belum Selesai Isu Umrah, Netizen Dedahkan Ustaz Abu Syafiq Cuba Buka Komuniti ‘Anti-Vax’?

pagex 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Ustaz Abu Syafiq melonjak naik baru-baru ini apabila dia mengaku tidak menerima vaksin secara terbuka, dan membawa orang yang tidak disuntik vaksin untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Kenyataan itu dikongsi melalui laman Instagram penceramah bebas itu semalam, susulan pengumuman dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendedahkan ada antara jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima vaksin.


Terkini, timbul pula isu lain apabila seorang pengguna Twitter berkongsikan tangkap layar dari akaun Tawaqquf Vaksin yang dikatakan cuba untuk membuka komuniti baru kepada golongan ‘anti-vax‘.

https://twitter.com/aliatheqis/status/1480454945652367360?t=Bxpd9Zbx6FWT9Ay3qf7Rkw&s=19

Akaun Instagram tersebut dikatakan milik Ustaz Abu Syafiq, di mana perkongsian itu cuba untuk mengasaskan ‘Perkampungan Islamik’ yang memberi peluang untuk orang-orang yang menolak vaksin.

Menurut perkongsian itu lagi, perkampungan itu dibuka kepada keluarga yang ‘ditindas’ atau hilang mata pencarian, memandangkan majoriti premis termasuklah gerai makan dan tempat kerja pada masa kini memerlukan orang awam lengkap 2 dos vaksinasi.

https://www.instagram.com/p/CVW4HiGPSpN/?utm_source=ig_web_copy_link

‘Perkampungan Islamik’ itu dikatakan bertempat di Pahang, di mana mereka yang menyertai komuniti ini boleh menjalankan aktiviti seperti bercucuk tanam, berkebun, solat berjemaah dan mengadakan Majlis Ilmu Quran Sunnah.

Menurut mereka lagi, permulaan kepada komuniti tersebut perlu disusun secara rapi agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak.

“Cult baru ke ni?” – Netizen

Meskipun perkongsian itu dimuat naik tahun lepas, namun isu ini ditimbulkan semula oleh netizen gara-gara pengakuan penceramah tersebut semalam, di mana ramai netizen pertama kali mendengar berkenaan ‘perkampungan anti-vax‘ ini.

Ramai juga yang mengatakan komuniti ini mempunyai aura cult yang kuat. Siap ada yang cakap Kerajaan Langit 2.0 lagi!

8 vert 1

Banyak pula isu lain timbul, eh? Sampai ada perkampungan sendiri pulak…

Baca: “Saya mengaku saya tak vaksin & bawa orang tak vaksin ke Saudi”- Ustaz Abu Syafiq

x

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.