in

“Belum pernah saya lihat video klip muzik artis Melayu Islam hingga tahap ini” – MV ‘Parah’ Ayda Jebat Ditegur Ustazah Asma’ Harun

Iluminati Ayda Jebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja minggu lepas, kecoh diperkatakan isu aksi mesra Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir yang dikecam netizen dek kerana ia tidak sesuai dipertontonkan kepada orang ramai.

Namun hari ini, nama Ayda Jebat kembali menjadi sebutan gara-gara muzik video lagu terbarunya, ‘Parah Parah’ yang dilihat agak keterlaluan.


Sebelum ini, admin pernah juga menulis teguran netizen mengenai MV tersebut tapi tak sangka pula kali ini, isu MV itu mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun. 

 

“Maaf ia sungguh memalukan!” 

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustazah Asma’ Harun telah meluahkan rasa terkejut dan kecewanya terhadap penyanyi tersebut kerana muzik video tersebut seakan-akan telah memberi gambaran tidak baik terhadap wanita Islam.

Srikandi Ummah

Memaparkan elemen ‘Goddess’, terdapat beberapa orang penari yang dilihat memakai pakaian mencolok mata dan menari dengan gaya yang agak mengghairahkan.

Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini.

“Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini,” katanya.

https://www.facebook.com/ustazahasmaharun/posts/2930870090528190

 

Tambahnya, tiada ertinya jika penyanyi terbabit bangga menjadi Top 10 di Youtube, namun pada masa yang sama bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka dan menjatuhkan maruah wanita, di samping menjadi penambah koleksi ‘si pemuas nafsu’.

“Top 10 YouTube kerana nilai yang baik atau sebaliknya, kekuatan pada bakat atau maksiat?

“Saya tak pasti jika kalian fikir bahawa esok bila hari tua jika ingin taubat, bolehlah dipadam, hari ni nikmati dulu hasil duniawi sementara masih hidup lagi, namun bagaimana jika mereka yang download dan jadikan simpanan peribadi?” katanya lagi.

 

“Saya menulis ini daripada hati yang kasih akan kamu dan hormat pada suami kamu” 

Namun daripada teguran tersebut, Ustazah Asma’ ternyata melakukannya dengan kata-kata yang penuh kelembutan dan masih berhusnuzon serta menganggap Ayda Jebat kali ini salah percaturan dalam memilih penari iringan.

Ustazah 1

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ juga berharap penggiat seni selepas ini lebih berhati-hati dalam berkarya dan menghentikan sebarang persembahan atau pertandingan maksiat yang berunsur lucah dan menjatuhkan maruah.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga diminta untuk memantau supaya perkara sebegini tidak berlaku di masa hadapan.

Moga-moga Ayda Jebat dengarlah nasihat daripada ustazah ni… 

Baca: “Sikit lagi nak b*gel” – Busana Terlalu Seksi, Netizen Tegur Pakaian Ayda Jebat & Talent Dalam MV Lagu ‘Parah

Ayda

Sumber: Blog
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.