Isu makanan halal merupakan antara topik yang sensitif dan sering dibincangkan sesama kita, lebih-lebih lagi bagi penganut agama Islam. Mencari makanan yang halal sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipan.
Jika seseorang itu kurang mahir dalam sesebuah hukum dan syariah Islam, mereka harus mencari guru atau seseorang yang pakar dalam bidang itu untuk menjelaskan perkara yang sebenar dan sebetulnya.
Lain pula ceritanya dengan pelakon dan pengacara popular Ifa Raziah, dia telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang berani dan menimbulkan rasa risau netizen.
https://www.tiktok.com/@nazrul_al_bangsari/video/7099880449496976667?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370
Difahamkan, video itu merupakan sesi live di Instagram Ifa Raziah tetapi dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, @nazrul_al_bangsari.
Pelakon wanita itu mengeluarkan kenyataan yang dia sudah tiga kali dijemput ke tanah suci Makkah biarpun belum menutup aurat dengan sempurna. Malah, dia juga berkata dengan menutup aurat bukan bermakna sudah beriman dengan Allah SWT.
“Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.
Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.
Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat.” katanya.
Selain itu, Ifa Raziah juga ‘naik angin’ apabila ada sesetangah orang yang mendakwa tempat yang dimakannya itu tidak halal, tetapi dia menepis kenyataan itu dengan mengatakan restoran tersebut ada sijil halal.
“Ini kedai Cina tapi banyak orang Melayu makan dekat sini. Mestilah halal, tak akan tak halal. Saya orang Islam kot.. tak akan nak makan yang jadi darah daging. Depa (netizen) ini tak puas hati, cakap saya makan babi. Kedai ini memang halal.
Saya memang suka makanan Cina tapi cari yang halal la. Banyak restoran Cina yang halal.” katanya.
“Berani eh kau”
Perkara itu semestinya mendatangakan kemarahan netizen malah ada yang menganggap dirinya jahil.
Semoga kita semua dapat hidayah
Baca: “Tempat b*rak tu” – [VIDEO] Sharifah Sakinah Dikecam Gara-gara Samakan Tandas ‘Mewah’ Dengan Syurga