Pernah tak kita merasakan macam Tuhan tak pernah dengar apa yang kita doakan?
Minta macam-macam tapi lain diminta, lain yang kita dapat. Sampai ke satu tahap kita seolah-olah menidakkan apa yang Dia kurniakan kat kita.
Tips untuk kekal tenang dan bersyukur dengan apa ada
Tapi pernah tak kita sedar apa yang kita dapat tu kadang-kala bukan apa yang kita perlukan?
Bagi Ahmad Zulqurnain Ghazali, walau diasak kenapa masih belum mendapat anak perempuan tapi dia tetap cuba berfikiran positif.
Bila kita sedar akan ketidakmampuan kita, maka hati ini akan berasa lapang
Baginya walaupun dia dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki tapi siapa tahu, mungkin kerana banyak aspek yang perlu dijaga dan ditanggung buat anak perempuan.
Benar apa yang diperkatakan. Segala-galanya yang dikurniakanNya pasti ada sebab dan Allah swt takkan menguji hambaNya kalau Dia tahu kita tak mampu menghadapinya.
Lihat ke bawah untuk rasa syukur, lihat ke atas untuk lebih maju
Jadi daripada kita selallu menyalahkan apa-apa keadaan, mungkin sebenarnya kita perlu rasa bersyukur atas apa yang Allah swt dah kurniakan.
Ada orang belum ada rezeki mendapat anak, ada orang ada rezeki belum mendapat jodoh.
Tapi mungkin dia atau kita berjaya dalam aspek lain.
Jadi tak perlu menilai dan membanding-bandingkan rezeki yang setiap orang dapat. Semuanya pasti dah direncana dengan baik oleh Tuhan Yang Maha Esa.
Kita cuma perlu chill, bersyukur dan berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.
Baca: “Tapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan pada aku tentang rezeki. Aku malu…”