in

Belum Bercerai Rasmi Dengan Virgoun, Inara Diajak ‘Taaruf’ Oleh Peguam Kacak?

Inara Rusli Taaruf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia hiburan Indonesia sebelum ini digemparkan dengan cerita keretakan rumah tangga penyanyi Virgoun dan isterinya Inara Rusli.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu dikatakan membayar beberapa orang wanita untuk hubungan intim sejak dua tahun lalu.


Isterinya membongkarkan segala perbuatan kotor suaminya itu melalui beberapa tangkap layar serta bukti lain yang menunjukkan bekas suaminya itu bermain kayu tiga.

Walaupun pasangan itu masih belum sah bercerai, Inara sudah pun menerima ajakan taaruf atau perkenalan oleh seorang peguam yang dikenali sebagai Koko Joseph Irianto.

Koko Joseph mengakui pada mulanya dia hanya kagum dengan figura Inara Rusli, namun lama-kelamaan dia memberanikan diri dan memberikan sejambak bunga yang disertakan sekeping kad yang bertulis ‘taaruf yuk?’ kepada bekas isteri Virgoun itu.

@mungil_konten

cocok gak nih? cocok dong ganteng & cantik 🤩 #fypindonesia #inararusli #inara #drrichardlee

♬ Cinta Sampai Mati 2 – Kangen Band

Menurut laporan Metro Suara, biarpun Inara terharu dengan ajakan itu tetapi dia dilihat menolak ajakan taaruf peguam kack itu, sebaliknya hanya menganggap Koko Joseph sebagai kawan.

Bukan itu sahaja, Inara Rusli juga berkata dia dapat memanfaatkan persahabatannya dengan Koko Joseph Irianto untuk berunding dalam hal undang-undang memandangkan dia seorang peguam.

“Seronok dapat tambah kawan, tambah pertalian. Siapa yang tidak gembira? Apatah lagi Bro Joseph sendiri juga seorang peguam kan, jadi saya boleh membincangkan isu undang-undang,” katanya.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Inara mendapat ajakan taaruf bahkan menurut Ustaz Derry Sulaiman, ibu kepada tiga anak itu telah mendapat ajakan taaruf oleh 300 lelaki.

Wah, tapi kalau jadi ni memang secocok! 

Baca: Inara Rusli Buka Purdah Untuk Sara Anak, Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Bekas Isteri Virgoun

Inara Rusli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.