Musibah tak mengenal siapa yang menimpanya. Malang buat seorang rider Grab, sedang dalam perjalanan menghantar pesanan makanan pelanggan sebelum dia terbabas dan hanyut sejauh satu kilometer dibawa arus deras tali air di Kampung Gangsa, Durian Tunggal malam tadi.
Mangsa, Muaz Razali, 25, menceritakan kembali detik cemas yang berlaku kira-kira jam 9.55 itu.
Ingatkan banjir cetek, sekali…
Muaz dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Gangsa dengan menggunakan panduan sistem pengesanan lokasi (GPS) sebagai penanda arah.
Kawasan yang dilalui pula berhampiran dengan empangan air Durian Tunggal dekat Jalan Keretapi Lama ditambah dengan gelap malam.
“Mula-mula saya ingatkan kawasan itu dilanda banjir yang cetek, namun tiba-tiba air semakin dalam sebelum saya terbabas lalu dibawa arus masuk ke kawasan tali air.
Sebaik sahaja terjatuh saya cuba untuk bangun dan mengeluarkan motosikal namun tak berjaya kerana arus deras dan terpaksa menghubungi talian kecemasan.
Gambar Muaz sudah selamat bersama bomba.
Setelah diselamatkan pasukan bomba naik semula ke darat, saya dapati badan telah penuh dengan lintah sehingga mereka terpaksa menolong saya membuangnya.”
Pemuda yang baru sahaja memulakan kerjaya sebagai rider pada awal tahun ini mengatakan ini adalah pengalaman pertamanya jatuh ke dalam tali air dan ia takkan dilupakan.
Syabas bomba! Tak ambil masa lama, Muaz berjaya diselamatkan 30minit kemudian
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan II Muhd. Asraf Abdullah berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.58 malam dan sepasukan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.
Setiba di tempat kejadian, pasukan kami terpaksa meranduk kawasan yang dipenuhi air untuk pergi ke lokasi mangsa sejauh satu kilometer.”
Menurut Kosmo, operasi berjaya diselesaikan pada 10.28 malam dan mangsa tak mengalami kecederaan serius. Syukurlah!