in

“Belum ada pengesahan Ija meninggal” – Pempengaruh Permotoran Hilang, Kereta Ditemui Dalam Sungai

ija nizaruddin kereta tenggelam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak petang semalam, kecoh diperkatakan mengenai seorang pempengaruh permotoran yang dikenali sebagai Ija Nizaruddin yang dikhuatiri lemas selepas kereta Perodua Axia miliknya ditemui terbabas ke dalam Sungai Kampung Tui, Bukit Kepong pada Isnin lalu.

Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainuddin, 38, dilaporkan telah keluar dari rumahnya dekat Jalan Setia Indah, Johor Bahru pada tengah hari Isnin untuk ke bengkel milik rakannya di Parit Jawa.


518316862 1228820292619407 3793054899369619122 n

Rakannya, Muhammad Nazmi Mohd Zainal, 30, berkata, kereta milik mangsa yang berwarna putih ditemui sudah terjunam ke dalam sungai tersebut, namun mangsa sehingga kini masih belum dapat dikesan.

Buat masa ini, pihak bomba dan penyelamat sedang melakukan pencarian ke dalam sungai dan sekitarnya bagi mengesan mangsa.

“Isterinya ada memaklumkan yang sebelum ini suaminya (Ija) pernah mengalami serangan jantung ketika memandu. Kita doakan yang terbaik untuk Ija semoga dia ditemui selamat,” katanya.

517405608 1228802719287831 8532848230229575273 n

Dalam pada itu, keluarga mangsa juga difahamkan sudah melakukan pencarian di sekitar Lenga, Bukit Kepong dan pekan Muar tetapi masih belum menemui apa-apa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Nor Alfatah Omar berkata, ketika tiba di lokasi pada jam 3.51 petang, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Axia terjunam pada kedalaman 2 meter di sungai itu.

Maklumat awal daripada pihak polis menyatakan kemalangan mungkin berlaku pada Isnin dan terdapat mangsa iaitu lelaki hilang dipercayai pemandu kereta.

“Kerja-kerja pencarian mangsa sedang giat dijalankan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.

519443396 1228807899287313 2688492807909486309 n

Artikel berkaitan: Kerajaan Teliti Cadangan Bina Pagar Penghadang & Pasang Lampu Jalan Sepanjang Sungai Korok

Artikel berkaitan: 3 Kes Kemalangan M*ut Yang Pernah Berlaku Di Sungai Korok Sebelum Ini

“Belum ada pengesahan abang saya meninggal dunia”  

Dalam pada itu, terdapat dakwaan mengatakan mangsa telah ditemui meninggal dunia yang kini viral di media sosial.

Adik kepada mangsa, Tengku Abdul Aziz Tengku Zainuddin, 30, memohon pihak tersebut memadam hantaran berkenaan kerana belum ada pengesahan mengenai abangnya setakat ini.

Belum ada pengesahan abang saya meninggal dunia. Saya minta jasa baik semua pihak padam hantaran itu.” 

“Masih belum ada kesahihan dan polis masih mencari abang saya,” katanya.

Apa-apapun kita doakan semoga mangsa ditemui dalam keadaan baik. Risau pula bila kejadian begini berlaku.

Sumber: BH, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.