in

“Beliau mempunyai semangat kuat” – Ibu Allahyarham Al Fateh Teruskan Bekerja Selepas Diuji

Syaz Ft 2024 09 10T111000.332

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kematian bayi berusia 8 bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, Melaka.

Muhammad Al Fateh Amri meninggal dunia ketika di bawah jagaan taska tersebut, bayi itu dibawa ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mulut berdarah dan muka kebiru-biruan.


Artikel berkaitan: “Cara kematian sama” –  Sebelum Al Fateh, Bayi 6 Bulan Maut Di Taska 2 Tahun Lalu

Artikel berkaitan: Pengasuh Bayi 8 Bulan Yang Meninggal Dunia Di Taska Direman 7 Hari

Ibu kepada bayi itu, Sabrina Hakiem Zaini yang merupakan seorang guru bagaimanapun akan meneruskan bekerja meskipun berhadapan dengan ujian tersebut.

Cats 4

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sempat bertemu dengannya dan memberitahu bahawa Cikgu Sabrina seorang yang sangat kuat dan komited.

“(Sabrina akan kembali bertugas) selepas cuti September inilah (cuti sekolah pertengahan penggal kedua dari 13 hingga 21 September).

Jadi beliau buat keputusan untuk meneruskan (kerjaya sebagai guru). Nampak beliau masih mempunyai semangat yang kuat dalam pendidikan dan guru yang sangat komited,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan Kementerian Pendidikan akan memberi segala sokongan dan bantuan diperlukan guru itu termasuklah persediaan untuk beliau kembali bertugas nanti.

Dalam pada itu, polis telah menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata di taska berkenaan pada 3.30 petang bagi membantu siasatan.

Lebih menyayat hati Sabrina dan Mohd Fikry Amri (bapa) sudah menunggu 13 tahun untuk mendapatkan cahaya mata.

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.