in

“Beli mahal tapi tak boleh bayar” – 5 Selebriti Ni Tak Mampu Bayar Rumah Mewah Sampai Kena Sita!

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beli rumah merupakan satu keputusan kewangan terbesar yang boleh dilakukan oleh seseorang. Bila nak beli rumah ni, memang kena fikir macam-macam benda untuk pastikan yang kita mampu untuk membuat komitmen seperti ini. Disebabkan ini, ramai yang memilih untuk menyewa dari membeli.

Macam baru-baru ni, kita ada tengok yang selebriti telah membelanjakan berpuluh atau beratus juta untuk membeli rumah idaman mereka. Namun begitu, ada juga selebriti yang tak boleh nak keep up dengan kehidupan mewah mereka.


Artikel berkaitan: “Rumah ke resort?” – Ini 9 Selebriti Dengan Kediaman Paling Mahal

Artikel berkaitan: 5 Selebriti Yang Percaya & Bersuara Tentang Teori Konspirasi

Jadi untuk artikel kali ini, apa kata kita tengok selebriti mana yang tak mampu untuk terus membayar rumah mewah mereka sampai ada yang kena sita dan lelong oleh bank.

1. Stephen Baldwin

81930491 13146633 Hailey Bieber Is Said To Be Upset With Her Father Stephen Baldwi A 143 1709317004708

Stephen Baldwin, bapa kepada isteri Justin Bieber, Hailey, terpaksa menjual rumahnya di New York secara lelong dengan hanya US$100. Pelakon yang terkenal dengan wataknya di dalam filem The Usual Suspects ini telah mencipta nama selepas memainkan pelbagai watak.

Namun begitu, pendapatan yang diterimanya ini tak cukup untuk menampung kehidupannya dan kerana ini, hutangnya makin bertambah dan dia terpaksa menjual rumahnya di New York pada tahun 2017 selepas dia mempunyai hutang dengan bank sebanyak US$800,000.

Kalau korang nak tahu, Stephen telah membeli rumah ini pada tahun 2000 pada harga US$812,500 tapi selepas tiga tahun, Deutsche Bank telah memfailkan kes ke atas pelakon ini selepas memungkiri janji gadaian sebanyak US$7,000 sebulan.

Namun begitu, rumah tersebut hanya terjual pada harga lelong sebanyak US$100. Ini bermakna, Stephen masih berhutang sebanyak US$1.1 juta dengan bank dan jumlah ini telah meningkat ekoran faedah.

2. Kristen Bell

Rumah Kristen Bell di Los Angeles telah disita selepas tiga tahun ia dipamerkan di dalam sebuah majalan. Pelakon ini telah membeli sebuah rumah agam sebesar 2.5 ekar pada harga US$3.1 juta kira-kira enam tahun sebelum disita oleh bank pada Januari 2012.

Ketika itu, Kristen tidak mempunyai hartanah lain namun suaminya ketika itu tunang, Dax Shepard memiliki sebuah rumah tiga bilik yang dibelinya pada tahun 2005. Pasangan ini telah membuat keputusan untuk Kristen berpindah sebelum rumahnya dilelong.

3. R. Kelly

R Kelly 2.Jpg

R. Kelly yang mempunyai sebuah rumah agam berharga US$5 juta di pnois juga turut disita. Perkara ini dibuat selepas penyanyi ini didapati bersalah kerana pemerkosaan dan pemerdagangan seks dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas beberapa wanita membuat dakwaan.

Rumah Kelly telah dilelong pada harga US$950,000 dan memang sangat jauh lebih rendah dari harga sebenarnya di pasaran.

4. Nicholas Cage

625763258.Webp.0

Nicholas Cage telah hilang beberapa hartanah yang dimilikinya kepada bank. Perkara ini memang agak pelik, lebih-lebih lagi di awal tahun 2000-an, kesemua filem yang dilakonkannya pecah panggung. Malah, pada tahun 2013, dia telah dinamakan sebagai pelakon ke-5 terkaya.

Namun begitu, nasib tak menyebelahinya apabila beberapa rumahnya telah disita oleh bank ekoran ketika dia sedang meningkat naik, pengurus perniagaannya telah mencuri US$20 juta darinya.

Disebabkan perkara ini telah naik ke mahkamah, wang Nicholas banyak habis untuk kes tersebut.

5. Mike Tyson

65Ea28A170Eab.hires .Jpg

Sepanjang tahun 1980-an, bekas juara tinju Mike Tyson memang sangat legend. Dia telah memenangi hampir 90% perlawanannya dan dari sini juga Mike Tyson telah mendapat kekayaannya sehingga membeli sebuah rumah agam di Southington, Ohio.

Rumah tersebut mempunyai lima bilik tidur, dua dapur, kolam renang yang besar serta tiga kandang yang besar untuk harimau Bengal peliharaannya.

Namun begitu, beberapa tahun kemudian kekayaannya ini semakin menghilang selepas Tyson dipenjarakan selama tiga tahun pada 1992 atas tuduhan serangan seksual. Tak lama selepas itu, Tyson juga turut kehilangan lesen tinju selepas dia menggigit lawannya, Evander Holyfield.

Selepas terdapat beberapa lagi dakwaan serangan seksual dan hukuman penjara, Tyson akhirnya diisytiharkan muflis dan terpaksa menjual rumah agamnya kepada seorang ahli perniagaan. Rumah tersebut kini telah ditukar kepada gereja yang dinamakan sebagai Living World Sanctuary.

Sumber: House Digest, The Richest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.