in

Beli Followers IG Haram? Ustaz Ini Tepis ‘Andaian Jatuh Hukum’ Aiman Banna Pasal Isu Ini

Aimanvsbakhtiar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Aiman Banna ada memuat naik satu perkongsian kepada pengikut terhadap hukum membeli followers di Instagram itu adalah haram.

Memandangkan perkongsian itu mendapat perhatian umum, Ustaz Bakhtiar Fitri terpanggil untuk memberi respon terhadap hukum yang di bahaskan oleh Aiman Banna.


Menurutnya, hukum membeli followers itu bukanlah haram seperti mana yang didakwa oleh Aiman Banna.

 

Haram kerana ada unsur penipuan – Aiman Banna

Belifollowers
Sumber : instagram

Menurut Ustaz Bakhtiar Fitri, apa yang dikatakan oleh Aiman Banna ini hanyalah andaian yang dijadikan hujah untuk jatuh hukum.

Dia menjelaskan bahawa ia boleh menjadi haram namun berpaksikan kepada beberapa aspek ini, tapi secara umunya ia bukanlah satu perbuatan haram.  Baginya, kalau meletakkan hukum haram untuk isu baru kena berpada-pada. Ini kenyataan selanjutnya  daripada Ustaz Bakhtiar Fitri.

 

Meletakkan hukum HARAM untuk perkara baharu kena hati-hati

Belifollowers2

“Remaja tunjuk kat saya poster ni dan tanya betul ke hukum yang diletakkan oleh UstMinho. Saya tak knal ustaz ni tapi saya cuba respon berdasarkan ilmu yang ada.

Meletakkan hukum HARAM untuk perkara baharu kena hati-hati. Dalam kaedah fiqh “Asal etrhadap sesuatu hukum itu adalah harus” melainkan jika ada dalil yang mengatakan haram. Ini adalah isu baharu dan perlu kepada qiasan yang tepat berdasarkan nas alquran, hadis dan hukum terdahulu.”

Niatnya bukanlah mahu menjatuhkan, tapi hanya nak perbetulkan kerana dia mendapat satu kiriman layang daripada salah seorang pengikutnya untuk jelaskan perkara ini.

 

Beli followers bukanlah haram, ia sebahagian daripada strategi pemasaran. Tapi boleh menjadi HARAM jika…

Ubf

“Hukum beli followers menggunakan khidmat orang tertentu bukanlah haram kerana ia adalah sebahagian daripada strategi pemasaran asalkan jangan ada unsur monopoli dan rasuah. Sama seperti kita upah orang untuk merangka dan melancarkan strategi pemasaran.

Ia bukanlah HARAM jika tujuannya
1.Meramaikan followers
2.Memberi keyakinan kepada pembeli.
3.Untuk cepat info smpai kepada orang ramai yang menjadi followers kita.

Ia menjadi HARAM jika
1.Monopoli beli semua followers
2.Merasuah followers jangan beli produk orang lain.
3.Menipu pembeli, mengatakan ramai org beli produk kita sedangkan tak ramai pun yang beli.”

Bahkan dia juga menegaskan bahawa ungkapan “seakan-akan” itu hanyalah satu andaian dan tak boleh dijadikan hujah.  Harus ada sebab yang kukuh dan tepat untuk jatuhkan hukum.

Untuk penjelasan yang lebih terang, dia ada memberikan satu konteks lain dimana ia merupakan satu gambaran yang menjelaskan bahawa perkongsian yang diberikan oleh Aiman Banna ini kurang tepat.

 

Andaian tak boleh dijadikan hujah untuk menjatuhkan hukum haram. Sama seperti…

Ubf2

“Perkataan “seakan-akan” adalah 1 andaian yang belum tentu betul dilakukan. Andaian tak boleh dijadikan hujah untuk menjatuhkan hukum haram. Sama seperti kita melihat seorang lelaki pegang cawan mengandungi arak. Dan kita katakan seakan-akan dia minum arak. Sedangkan dia tak minum.

Sekalipun ustminho mengatakan hukum beli followers HARAM kerana menipu pembeli agar terpengaruh untuk membeli, hukum jual beli tetap SAH dengan berbalik kepada syarat sah jual beli dalam islam.
1.Syarat sah Penjual & Pembeli akil baligh, atas kehendak sendiri.
2.Benda yang Dijual/ Dibeli suci, bermanfaat, dapat diserah kepada pembeli, kepunyaan penjual, 3.Barang tersebut diketahui oleh penjual & pembeli, baik zat, bentuk, kadar (ukuran) atau sifat-sifatnya.
4.ljab Kabul.”

Bahkan dia juga bahaskan berdasarkan syarat sah jual beli dalam agama islam. Seperti yang dikatakan tadi, niatnya bukanlah untuk menjatuhkan dan mengaibkan Aiman Banna bahkan dia hormati pendapatnya, ia hanyalah penjelasan telus yang ingin disampaikan.

 

Saya hormati pendapatnya, cuma perlu lagi huraian kepadanya

Ubf3
Sumber : instagram

“Berdasarkan apa yang saya jelaskan, harap semua lebih faham dan tak mudah meletakkan satu-satu hukum tanpa ada dalil yang jelas dan kukuh. Saya izinkan untuk disebarkan kepada orang lain tanpa mengaibkan sesiapa pun terutama ustminho. Saya hormati pendapatnya, cuma perlu lagi kepada huraiannya.

1 lagi, saya cuma bagi ilmu pada orang dan tak ada niat pun nak beli followers. Saya pun tak ada duit nak bayar orang untuk ramaikan followers. Kalau orang nak follow fb, ig n twitter saya untuk cari ilmu, silakan. Ssaya tak penah terkesan followers ramai ke skit. Sebab dakwah nabi saw bermula seorang diri.”

 

Baca : Jangan Main-Main Dengan Isu Depression, Non-Muslim Tegur Ustaz Aiman

Aiman Depress 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.