in

“Beli aiskrim ke kak?”, Pelajar Kantoi Beli Aiskrim Semasa Kelas Online Bikin Dekah

cover 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda Malaysia, sekolah dan universiti mula mengaplikasikan pembelajaran secara dalam talian atau dalam bahasa mudahnya, kelas online untuk para guru dan pelajar.

Namun begitu, kelas secara atas talian mempunyai cabarannya yang tersendiri meskipun para pelajar dan guru boleh mengikutinya dari rumah masing-masing.


Dalam satu video yang dikongsikan oleh seorang gadis menerusi aplikasi TikTok, dia berhadapan satu situasi lucu di mana rakan kelasnya terlupa untuk menutup fungsi mikrofon lalu membuatkan satu kelas terhibur.

“Mat Kool Mat Kool kawanku!”

Menerusi video yang berdurasi selama 10 saat itu, gadis ini difahamkan sedang menjalani kelas secara dalam talian bersama seorang pengajar apabila tiba-tiba kedengaran lagu Mat Kool dari salah seorang rakan kelasnya.

Difahamkan, rakan kelas gadis ini sedang membeli aiskrim ketika kelas sedang berlangsung, namun terlupa untuk menutup fungsi mikrofon. Siap ada lagu Mat Kool!

Lebih lucu, kedengaran bunyi “bye” yang sangat ceria dari pelajar tersebut kepada penjual aiskrim. Turut kelihatan, pensyarah untuk kelas tersebut hanya tersenyum dan sempat berseloroh bersama para pelajarnya.

“Adoi kantoi habis”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video tersebut dan faham dengan situasi yang berlaku.

1

2

Malah, ada juga beberapa warganet yang berkongsikan pengalaman mereka yang sama terlupa menutup mikrofon ketika kelas sedang berlangsung. Anda macam ni juga ke?

3

4

Apa-apa pun, pensyarah dalam video tersebut memang sporting!

BACA: Pelajar 10 Tahun Buta Kerana Kelas Online, Dakwa Radiasi Telefon Jadi Punca

Untitled 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.