in

“Bekerut je dahi aku dengar” – Lama Berdiam Diri, Kenyataan Aliff Aziz Buat Netizen Geram?

Syaz Ft 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi antara penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah serta Ruhainies nampak gayanya masih belum tamat, selepas itu terdapat seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine bertindak ‘melondehkan’ beberapa perbualan di antara Aliff Aziz dan Ruhainies.

Pun begitu, sepanjang gosip ini berlaku, Aliff Aziz dilihat mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan kontroversi yang melanda dirinya itu, kali terakhir dia bercakap kepada media ialah ketika isterinya, Bella memfailkan permohonan cerai.


Artikel berkaitan: Aliff Aziz Kata ‘Enjoy The 5 Minute Of Fame’, Sarah Yasmine Dedah Dia Ucap ‘Goodbye’ Dulu

Artikel berkaitan: “Buat apalah aku nak naik bas” – Haneesya Hanee Beri Penjelasan, Isu Dituduh Naik Bas Dengan Aliff Aziz

Terbaru, Aliff akhirnya bersuara dalam satu rancangan podcast Singapura, The Common Folks dan menceritakan serba-sedikit dari pihaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Common Folks (@thecommonfolkssg)

Dalam sedutan rancangan itu, penyanyi kelahiran Singapura itu berkata dia membuat keputusan untuk berdiam diri agar keadaan tidak bertambah keruh.

“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah kena cakap last sebab kalau aku cakap dulu dan berbalas-balas ia akan jadi lebih bercelaru,” katanya.

Dia juga berkata tindakannya membuka cerita berkenaan isterinya itu sesuatu yang dilakukan kerana terlalu marah namun dia amat menyesali perbuatannya itu.

“Tak payah lah buat drama” 

Kenyataan Aliff Aziz itu sememangnya membuatkan ramai netizen meluat malah ada yang merasakan ianya sesuatu yang tidak masuk akal kerana perkataannya itu tidak selari dengan apa yang dilakukan kepada isterinya.

Cats 2

Sabar netizen semua…

Sumber: X, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.