in

Bekas Suami Kena Bayar RM1.3K Untuk ‘Nafkah’ 2 Ekor Kucing

syaz ft 2025 10 27T150906.783

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki di Turkiye bersetuju untuk membayar nafkah sebanyak 10,000 lira (sekitar RM1,340) setiap tiga bulan kepada bekas isterinya bagi menampung kos penjagaan dua ekor kucing peliharaan mereka, lapor Oddity Central. Perkara itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada perjanjian perceraian mereka.

Bugra B memfailkan perceraian bersama isterinya, Ezgi B, secara persetujuan bersama atas alasan ketidak serasian serius dan kekurangan dalam asas perkahwinan.


Artikel berkaitan: Calon PhD Di Switzerland Makan Makanan Kucing Untuk Jimat

Artikel berkaitan: YouTuber Ini Bina Stesen Kereta Api Mini Untuk Kucing Peliharaan

Kedua-duanya sepakat untuk berpisah tanpa sebarang tuntutan pampasan atau nafkah pasangan, namun mereka menambah satu klausa luar biasa dalam dokumen perceraian tersebut yang berpotensi menjadi rujukan untuk kes perceraian pemilik haiwan peliharaan di masa hadapan.

Menurut dokumen itu, hak penjagaan dua ekor kucing diserahkan kepada Ezgi B, manakala Bugra B bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kewangan bagi penjagaan haiwan tersebut.

“Dua ekor kucing milik Bugra B akan kekal bersama Ezgi B.

Selagi kucing itu berada dalam jagaan Ezgi B, dan dalam tempoh sehingga 10 tahun, Bugra B perlu membayar 10,000 lira (kira-kira RM1,340) setiap tiga bulan untuk menampung perbelanjaan penjagaan kucing,” tulis perjanjian itu.

Bayaran tersebut juga akan disemak setiap tahun berdasarkan kadar Indeks Harga Pengguna (CPI).

Perjanjian berkenaan kini dianggap sebagai contoh nafkah jenis baharu di Turkiye dan berpotensi menjadi duluan (precedent) dalam menetapkan bentuk sokongan kewangan untuk haiwan peliharaan selepas perceraian.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.