in

Bekas Rakan Sekelas Buat Post ‘Benda Kotor’ Pasal Ain Husniza, Bapa Buat Laporan Polis

Ain Husniza

Baru-baru ini, bapa kepada Ain Husniza ada muat naik tweet menunjukkan beberapa kiriman yang kurang elok mengenai anaknya.

Menurut Saiful Nizam, kiriman itu dibuat oleh bekas rakan sekelas Ain sendiri, perkongsian pasal fantasi seksual yang melibatkan anaknya itu dikatakan di muatnaik di Tumblr.

Amaran : Perkongsian ini mempunyai elemen-elemen kurang elok mengenai hal-hal seksual yang mungkin mengganggu emosi. Ia adalah atas budi bicara pembaca sendiri.

 

Bak kata peribahasa, “Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.”

Dalam tweet tersebut, Saiful Nizam menzahirkan rasa sedih dan hatinya remuk apabila baca perkongsian ini. Katanya lagi, perkongsian ini bukan sahaja melibatkan anaknya Ain Husniza, rakan-rakan perempuannya yang lain juga kena.

Screenshot 2021 12 27 133055

“Inilah yang Ain Husniza dan saya terus lantang perjuangkan. Anak² di sekolah juga terancam dengan rakan sendiri, satu sekolah, satu kelas.”

Oleh sebab itu, atas nasihat peguam Saiful Nizam akan membuat laporan polis terhadap pelaku ini sebelum menyatakan bahawa pelaku sudah diektahui dan telah dimaklumkan kepada ibu bapa mereka.

“Mangsa kali ini dan pelaku adalah satu kelas dgn Ain di sekolah lama.”

Bagaimanapun, Saiful Nizam menjelaskan bahawa tujuan dia menunjukkan mesej ini adalah tujuan untuk educational purposes. Boleh lihat perkongsian selanjutnya disini.

Dalam perkongsian thread tersebut, dilihat Ain sedang membuat laporan mengenai kes ini, dikatakan laporan itu dibuat pada 25 Disember lepas.

Untuk rekod, Ain Husniza mula menjadi tumpuan dan raih sokongan netizen apabila dia kongsikan satu pengalaman mengenai lawak rogol yang dilakukan oleh gurunya. Susulan itu, guru tersebut memfailkan saman kepada Ain dan bapanya sebelum saman balas dilakukan oleh mereka berdua kepada guru tersebut semula.

 

Baca : Bapa & Ain Husniza Akan Saman Balas Guru PJK Berhubung ‘Lawak Rogol’

Collage 1

Sumber: Twitter