in

Bekas Pramugara Tampil Beri Respon, Anggap Barang Hilang Silap Kak KM Sendiri

Ft Bekas Pramugara Respon Kak Km

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian Kak KM mengenai kehilangan wang tunai dan beg berjenama mewah miliknya yang tular sebelum ini telah membuatkan seorang bekas pramugara ini rasa terpanggil untuk tampil memberikan respon.

Menerusi TikTok, pemuda yang dikenali sebagai Atifzul ini memberikan pendapatnya mengenai hal itu dan ia bukanlah bersifat bias memandangkan dia ada pengalaman pernah bekerja dengan syarikat penerbangan, jadi apa yang dikatakan adalah berdasarkan situasi.


Artikel Berkaitan : “Macam dah dirancang” – Kak KM Terkilan Beg Kena Umpil, Wang Tunai RM 10,000 Lesap Dalam Penerbangan

Artikel Berkaitan : Kak KM Sampai Demam Sebab Isu’Kaya Solat Subuh’, Anak Perjelas Ada Pihak Putar Belit Cerita

Atifzul mengulas setiap perincian yang dibangkitkan oleh Kak KM, pertamanya berkenaan dengan tempahan tiket hot seat. Jelasnya, mana-mana pembeli tiket hot seat tidak diberi kelebihan ruang tertentu untuk meletakkan beg.

Jelasnya, kelebihan membeli hot seat hanyalah mendapatkan tempat duduk di tempat-tepmat tertentu dan keutamaan untuk berlepas di mana pembeli adalah orang terawal untuk masuk ke pesawat.

“Sepatutnya kalau awak adalah penumpang hot seat, awak adalah penumpang pertama yang menaiki pesawat, jadi compartment adalah kosong.”

“Tetapi dalam cerita Kak KM bila dia masuk pesawat dah tak ada tempat letak beg dia, bererti dia adalah penumpang yang lewat. Haaa, ini lah penumpang-penumpang lewat yang kita selalu kena tunggu tu kan?”

Dalam pada itu, Atifzul menegaskan bahawa kehilangan yang terjadi dekat Kak KM ini mungkin bukan kerja anak kapal. Walau bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa perkara ini adalah satu situasi yang biasa berlaku bagi penerbangan ke China.

@atifzul

Replying to @user7jns5qxppw

♬ original sound – Atif Zul – ATIF ZUL

Katanya, berdasarkan pengalaman bekerja sebagai anak kapal pada tahun 2011 hingga 2015, jika dia ditugaskan untuk penerbangan ke China, anak kapal akan buat satu pengumuman khas untuk penumpang membuat laporan jika berlaku satu satu perkara yang mencurigakan.

Bagi Atifzul lagi, kejadian yang menimpa pada dirinya itu bukanlah dirancang. Malah, dia juga mengingatkan bahawa barang-barang yang dibawa itu adalah atas tanggungjawab penumpang sendiri.

“Tiada CCTV dalam mana-mana kapal terbang, cuma satu CCTV di depan pintu kokpit di mana ada orang nak masuk kokpit, tekan butang tu, barulah kamera itu diaktifkan.”

Artifzul turut mempertikaikan kenapa Kak KM menggunakan beg mewah dan meletakkan wang tunai di dalam bag untuk naik ke pesawat.

“Bawa beg LV dalam tu ada RM 10,000 pula, siapa yang buat macam tu Kak KM, apabila awak membawa barang yang branded, yang menunjukkan kemewahan, secara tidak langsung, ia telah mencuri perhatian orang-orang deperate.

Jelasnya lagi, apa yang berlaku ini adalah salah penumpang sendiri dan pihak syarikat penerbangan tidak dapat melakukan apa-apa tindakan dan berpesan agar untuk lebih pintar dalam melancong.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.