Peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Mama Rina, reda apabila kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut akibat komplikasi diabetes yang dialaminya.
Menurut Rina atau nama sebenarnya Hairini Abdul Halim, 62, masalah itu mula timbul beberapa bulan lalu selepas dia terseliuh ketika bekerja. Sejak insiden itu, tapak kaki mula membengkak dan keadaannya semakin teruk.
Artikel berkaitan: “Diabetes say hi” – Netizen ‘Gerun’ Tengok Bancuhan Minuman Yang Peniaga Ini Buat
Artikel berkaitan: Anggota Trafik Patah Kaki Dilanggar Kereta Pacuan 4 Roda Ketika Iringi Delegasi ASEAN
“Tiga bulan lepas saya terseliuh, dan selepas itu kaki makin teruk. Bahagian kaki jadi hitam dan terasa sakit mencucuk-cucuk,” katanya.

Rina berkata pada awalnya dia ke Kuala Lumpur sekadar untuk mendapatkan rawatan dan meminta sedikit bantuan, namun dia tidak menjangka doktor menyarankan pembedahan segera.
“Saya sudah berjumpa doktor di Johor Bahru, kemudian kawan cadangkan saya datang ke Kuala Lumpur. Bila diperiksa, doktor maklumkan keadaan kaki sudah sangat teruk dan pembedahan perlu dilakukan segera,” jelasnya.
Katanya lagi, sebagai anak kelahiran Selangor, berada di Kuala Lumpur lebih memudahkan urusan selain berharap ada pihak bertanggungjawab tampil membantu.
Walaupun masih lemah dan sukar bergerak, Rina tetap bersemangat untuk terus bekerja setelah pulih nanti.
“Saya tetap akan cari kerja lain. Jika keadaan mengizinkan dan saya boleh memandu, saya akan terus bekerja. Harap luka cepat sembuh supaya saya boleh fikir pekerjaan yang sesuai,” katanya.
Rina juga tidak keberatan menerima bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi meringankan beban kehidupannya buat sementara waktu.
Dalam temu bual bersama mStar pada 2023, Rina pernah mendedahkan bahawa dia telah menjalani pembedahan membuang dua jari kaki kiri selepas disahkan menghidap diabetes.
Sumber: mStar
