Program Vaksinasi Kebangsaan telah pun bermula pada bulan Februari lalu. Buat masa ini, fasa pertama vaksinasi melibatkan barisan pekerja barisan hadapan, manakal fasa berikutnya akan dilakukan dalam masa terdekat.
Buat bekas pesakit Covid-19 yang telah pulih, mesti anda tertanya-tanya, perlu ke ambil vaksin ni sebab dah ada antibodi semulajadi selepas terjangkit dengan wabak berkenaan? Jawapan dia ada dibawah, dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan @suhazeli.
Jumlah antibodi
Macam admin cakap tadi, bekas pesakit Covid-19 ada antibodi semula jadi, tapi…
Antibodi bergantung kepada keseriusan jangkitan. Mungkin dengan cucuk vaksin boleh tambah antibodi dalam badan.
Tempoh suntikan lepas sembuh Covid-19
Antibodi semulajadi selepas sembuh dalam badan pun tak boleh bertahan lama. Korang tengok apa yang doktor ni cakap
Ohh.. antibodi bertahan 8 bulan je, lepas 6 bulan sembuh, boleh cucuk vaksin. Itu yang disarankan pakar lah.
Bekas pesakit boleh dijangkiti semula
Yang ni ramai yang kurang jelas, termasuk admin sendiri. Kita tengok apa yang doktor ni cakap.
Rupanya boleh terjangkit semula. Tapi gejala untuk kali kedua ni lebih ringan lah. Mungkin sebab dah ada antibodi semulajadi dalam badan.
Jangka masa antibodi vaksin
Ada juga yang tertanya, vaksin ni sekali cucuk boleh tahan berapa lama. Admin tak ada jawapan, tapi doktor ni ada jawapan
Oh maknanya vaksin boleh bertahan setahun dalam badan? Macam tu ke? Ke selepas setahun tu masih ada vaksin, cuma antibodi daripada vaksin semakin menurun?
Varian baru
Dengan adanya varian baru, macam mana pulak keberkesanan vaksin ni?
Buat masa ni pakar masih menjalankan kajian mengenai varian baru. Harap vaksin yang sedia ada pun berkesan lah dengan varian baru ni.
Bagi menjawab soalan perlu atau tidak untuk bekas pesakit Covid-19 ambil vaksin telah dijawab pada point pertama hingga ketiga. Terpulang untuk korang nak ambil vaksin atau tidak, kita nak bentuk imuniti kelompok supaya kita boleh kembali ke kehidupan seharian kita yang dulu.
Baca: “Rasa mcm dikutil manja” – Doktor Ini Kongsi Pengalaman Selepas 24 Jam Dicucuk Vaksin