in

Bekas Pemain Hoki Remaja Negara Dipercayai Kurang Siuman, Rakan Mohon Beri Bantuan

bekas pemain hoki negara kurang siuman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakaman video seorang lelaki yang dilihat berjalan dengan berkaki ayam, meracau dan kelihatan seperti orang kurang siuman tular di media sosial, baru-baru ini.

Netizen mendakwa lelaki berkenaan dipercayai bekas pemain hoki remaja yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu.


Memetik sumber Harian Metro, lelaki itu dikenali Mohamad Asmawi yang pernah menyarung jersi skuad negara dan mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan antarabangsa termasuk di Jerman, India serta Pakistan.

Salah seorang bekas rakan sepasukannya mengesahkan perkara tersebut, selain memaklumkan pernah berjuang bersama Asmawi dalam pasukan Malaysia kategori bawah 16 tahun sehingga ke Jerman.

Artikel berkaitan: 8 Bulan Gaji Tertunggak, Bekas Bintang Bola Sepak Gopi Kini Jual Air Balang

Artikel berkaitan: Imam Dipukul Orang Tidak Siuman, Netizen Terhibur Lihat Skil Imam Mengelak

“Memang benar, kelibat lelaki kurang siuman itu adalah Asmawi iaitu bekas rakan pasukan yang pernah bersama-sama beraksi untuk Terengganu ketika Sukan Malaysia (Sukma) dan rakan sekolah ketika menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini di kenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Ismail (SSTMI).

“Sayu hati melihat, Mawi (Asmawi) begitu. Dia dulu seorang yang ceria dan seorang pemain hoki berkaliber,” katanya.

Menurutnya, mereka sepasukan pernah menyarung jersi negara ketika menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Remaja Dunia di Johor Bahru pada 2009.

“Tak sangka dia jadi begitu. Saya berkawan dengan dia sejak kecil. Mungkin kerana tekanan menjadi punca dia hilang arah.

“Saya dimaklumkan ini kali kedua dia menjadi begitu. Lima tahun lalu kalau tak salah saya, dia dah sihat sebab ada yang bawa dia ke hospital untuk menerima rawatan.

“Tak sangka hari ini dia kembali sakit. Saya harap sangat ada orang bantu dia kembali pulih,” katanya.

495509429 1085681626925638 8091287176742006392 n

Justeru, dia memohon kepada pihak yang mengenali Asmawi untuk memberi bantuan dan memulihkan kembali bekas pemain hoki remaja negara itu.

Difahamkan, Asmawi yang kini berusia 36 tahun, meninggalkan kerjaya sebagai pemain hoki dan memilih untuk pulang ke kampung ketika usianya sekitar 25 tahun.

Sumber: Harian Metro

Sumber: info.semasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.