Manusia dan kesilapan memang tak boleh dipisahkan. Setiap orang ada buat silap walaupun sekecil-kecil kuman sebab kita bukannya dicipta menjadi seorang yang sempurna tanpa kesilapan. Tapi, itu tak menjadikan alasan untuk kita tak cuba menjadi orang yang lebih baik. Betul tak?
Sama seperti Muhammad Izzad Daniel Abdullah yang berusia 22 tahun ini merupakan bekas pelajar Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka yang aktif berkongsi pengalamannya bersekolah di sekolah tersebut dengan menggunakan paltform Tiktok.
Menerusi perkongsian video di Tiktok oleh pemilik akaun Izzad Daniel yang dimuat naik pada Januari lalu mendapat lebih 300 ribu tontonan dengan hampir 20 ribu likes dan hampir 200 share, video tersebut memaparkan titik permulaan hidup barunya selama tiga tahun di Sekolah Henry Gurney.
https://www.tiktok.com/@izzaddaniel_/video/6922145714386619650?_d=secCgYIASAHKAESMgownltoYcpC6aCXh1wEB1POkuWm%2FchIntofcggzpAXOQONz6Vs3SahdTPCgBAIFipw2GgA%3D&language=en&mid=6741017428655884290&preview_pb=0®ion=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=6922145714386619650&source=h5_t×tamp=1618784025&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Nampak apa yang Tuhan nak tunjuk
Mesra disapa dengan nama Izzad, lelaki ini mula menjadi penghuni di sekolah tersebut sejak dia ditangkap atas kesalahan jenayah pecah masuk rumah pada tahun 2016 yang lalu.
“Waktu kena tangkap dengan polis tu memang tak boleh terimalah. Rasa macam nak salahkan tuhan.”
Menurut mStar, perasaan sedih oleh pemuda ini tak dapat diungkapkan bila dia sudah mencemarkan nama ibu bapanya dalam kalangan orang-orang kampung. Tapi, dia masih bersyukur kerana ibu bapanya masih sayangkan dirinya dan mahukan yang terbaik untuk anak kedua daripada empat adik-beradik ini.
“Lama-lama lepas saya dah duduk sekolah tu barulah saya nampak apa yang Tuhan nak tunjuk dekat saya.”
Beri kesedaran melalui Tiktok
Lelaki ini tampil berani berkongsi pengalaman bersekolah di sekolah juvana tersebut sebab dia nak beri kesedaran kepada masyarakat bahawa pesalah juvana sepertinya dirinya masih berpeluang untuk berubaha menjadi orang yang lebih baik pada masa akan datang.
“Setiap manusia perlu berubah dan wajib diberikan peluang kedua untuk mengubah diri menjadi insa yang lebih baik.”
Izzad juga mahu beri pengajaran kepada anak-anak muda di luar sana melalui video yang dimuat naik olehnya supaya tidak tersilap langkah dengan terjebak dengan aktiviti jenayah.
Walaupun dulu seseorang tu ada kisah silam yang buruk, tak bermakna dia tak ada peluang untuk jadi yang lebih baik pada masa akan datang, betul tak?
Sumber: mStar