in

Bekas Pelajar Menang Saman. Maahad Tahfiz Diperintah Bayar RM4.3 Juta

Page 2 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jun tahun lepas, tujuh daripada 12 pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki mereka untuk hadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu terbabas dan rempuh sebuah rumah di KM55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Iu
sumber: kosmo

Semalam, menurut Astro Awani, Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintah Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang, Kuala Krai bayar sejumlah RM4,334,507 kepada bekas pelajarnya yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.


E5 1
sumber: utusan
E1 1
sumber: astro awani

Dalam keputusan tersebut, hakim berkata tiga daripada empat defendan iaitu Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, yang juga pemandu van, CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi bertanggungjawab untuk bayar kos tersebut kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18 dan ibunya Jahsuriawany Mustapha, 46, lepas mangsa hilang upaya akibat kemalangan tersebut.

E2
sumber: astro awani

Walau bagaimanapun, pengetua maahad tahfiz tersebut, Mohd Khalidi Che Haron yang dinamakan sebagai defendan ketiga, tidak diperintahkan untuk bayar kos berkenaan.

Kos yang dinyatakan membabitkan ganti rugi terhadap Muhammad Faiz yang cedera kepala dan retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup.

Selain itu, kos itu juga untuk menampung pembelian lampin pakai buang, tiub makanan, beg kencing, katil, tilam dan jururawat persendirian.

E3 1
sumber: sinar harian

Sementara itu, plaintif diwakili peguam R Kameswary berkata,

“Semakan mendapati van yang dinaiki mangsa tidak mempunyai insurans terhadap pelajar-pelajarnya dan pada hari kejadian telah dipandu oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen kenderaan.

“Justeru, mahkamah memutuskan defendan pertama iaitu pemandu van, defendan kedua iaitu pemilik van (CT-One Corporation Sdn Bhd) dan defendan keempat, Maahad Tahfiz Al-Hashimi perlu bertanggungjawab 100 peratus terhadap kecederaan yang dialami mangsa.”

E4
sumber: kosmo

Syukur mangsa menang kes ni. Bolehlah buat tampung kos perubatan dan penjagaan.

Baca: Tak Puas Hati Gagal Assignment, Pelajar Saman Universiti Monash!

Failed Feature 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.