Chef selebriti terkenal, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan menerusi satu perkongsian di Instagram baru-baru ini difahamkan telah menerima surat saman malu daripada bekas menantunya.
Menurut Chef Wan lagi, surat tuntutan saman yang diterimanya itu adalah berkaitan dengan isu tegurannya kepada bekas menantunya, Shikin Maembong dengan anak lelakinya Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan.
Dalam muat naik di Instagram tersebut, Chef Wan turut mendedahkan tuntutan saman malu berkenaan diberikan atas teguran yang dilakukan olehnya mengenai pertelingkahan yang berlaku antara anaknya dan bekas menantunya tersebut.
Chef Wan turut mendakwa bahawa tuntutan saman ini seolah-olah untuk ‘mengenakan’ Riz selain membalas dendam. Dalam masa yang sama, ini juga akan menyukarkan urusan Chef Wan untuk bertemu dengan cucunya, Ariana.
“As x bapa mertua jika saya nasihat dia supaya jangan buat perkara2 mcm tu salah ke?”
Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan yang dilakukan bekas menantunya kerana padanya, memberikan nasihat (ketika itu) adalah perkara yang betul. Lebih-lebih lagi melarang anak dan bekas menantunya tersebut bergaduh disebabkan hak penjagaan anak sehingga terpaksa diselesaikan di mahkamah.
View this post on Instagram
Hal ini difahamkan menyebabkan Riz tidak dapat berjumpa dengan anaknya selama lebih setahun gara-gara ‘drama’ oleh bekas menantunya itu. Tambah Chef Wan lagi, sepatutnya isu kecil itu tidak perlu dibawa ke mahkamah dan dalam masa yang sama, Shikin sepatutnya mengenang jasanya yang selama ini pernah membantunya.
“Mahkamah ini ada banyak lagi isu-isu yang penting nak beri perhatian untuk negara ini. No need to tambah lagi all this issue nak saman bekas bapa mertua la pula”“Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kahwin kan kau berdua using 100% of my own hard work income? Looking after my cucu as and when I can?”
Menerusi perkongsian Chef Wan lagi, difahamkan bekas menantunya itu memfailkan tuntutan berjumlah RM 1 juta dan dalam perkongsian yang kini menerima lebih14,000 tanda likes itu, Chef Wan turut memberitahu sepatutnya Shikin berasa malu kerana bertindak demikian.
Baca : “Turun 4 ke 5kg!” – Chef Wan Kongsi Tips Kuruskan Badan, Makan 3 Biji Telur Rebus Setiap Malam