in

Bekas Kekasih Pemain Bola Sepak Ditahan Polis, Didakwa Rosakkan Pintu Rumah

Bekas Kekasih Pemain Bola Ditahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita telah ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan selepas dipercayai telah merosakkan pintu rumah bekas teman lelakinya yang juga pemain bola sepak Sabah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, penahanan tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada pemain bola sepak berkenaan yang mendakwa wanita terbabit telah merosakkan pintu rumahnya, lapor Kosmo!


“Pengadu mengatakan pintu rumahnya telah dirosakkan oleh bekas teman wanitanya.

“Suspek juga berjaya ditahan oleh pihak polis pada 21 Jun untuk membantu siasatan,” katanya.

Screenshot 2023 06 22 130701 1

Kes ini disiasat di bawah seksyen 427 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak polis juga turut menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih berhubung kes ini yang telah tular di media sosial.

Terdahulu, berita melaporkan seorang pemain bola sepak telah memukul kekasihnya di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 7 Jun lepas akibat perselisihan faham.

Perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital swasta.

Rentetan itu, lelaki terbabit ditahan polis pada 8 Jun untuk diambil keterangan berhubung tuduhan mencederakan kekasihnya dan mendatangkan kerosakan kepada telefon bimbitnya.

Pemain berusia 31 tahun itu kemudian didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan namun mengaku tidak bersalah.

Baca: Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Didakwa Pukul Teman Wanita Sampai Lebam?
Ft Wanita Kena Pukul 1

Sumber: Freepik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.