Tidak lama dulu, kes kematian anak pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara menjadi perbualan hangat netizen dek kerana ramai yang mencurigai cara kematian mangsa.
Menerusi fakta kes, Raden Andante Khalif Pramudityo atau lebih mesra dipanggil Dante, 6, dilaporkan maut akibat lemas di dalam sebuah kolam renang awam pada 27 Januari 2024.
Bersama Dante, bekas kekasih Tamara, Yudha Arfandi juga dilaporkan dengan kanak-kanak itu dan menurut rakaman CCTV, Yudha dilihat telah menenggelamkan kepala Dante beberapa kali ke dalam kolam sebelum kanak-kanak itu didapati tidak bernyawa dan cuba ‘diselamatkannya’.
Susulan itu, Yudha telah menjadi suspek utama kes itu dan ada juga di kalangan netizen mula mengaitkan penglibatan Tamara sendiri dalam kes ini.
Artikel berkaitan: “Ikan Duyung” – Alami Detik Cemas Hampir Lemas Lepas Ekor Tersangkut Dalam Akuarium
Artikel berkaitan: Pelakon Watak Chandler Dalam Siri Komedi Friends Meninggal Dunia, Ditemui Lemas Di Rumah
Bekas kekasih akui benam kepala anak dalam kolam sebab…
Namun menurut laporan terbaru, bekas kekasih Tamara itu telah mengaku membenamkan kepala anak pelakon itu ke dalam kolam renang sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut.
Yudha menjelaskan tindakannya itu dilakukan kerana mahu menjalani latihan pernafasan agar dia tidak panik sekiranya berlaku sebarang kecemasan ketika berenang.
Betul… Saya hanya mahu memberinya latihan pernafasan. Saya tidak mahu dia berasa panik.
“Saya bertindak berlebihan ketika mengajarnya. Saya mahu dia pandai berenang dan tidak berasa kekok,” katanya di Mahkamah Negeri Jakarta Timur pada Khamis.
Pengakuan itu dibuat selepas mahkamah menayangkan rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan perbuatan Yudha terhadap Dante.
Yudha difahamkan tidak mempunyai sebarang kelayakan atau pengalaman sebagai jurulatih renang.
Menurut laporan polis juga, Yudha didakwa telah membenamkan kepala Dante sebanyak 12 kali sehingga kanak-kanak itu lemas.
Al fatihah buat mangsa…
Sumber: mStar