Guru juga manusia biasa, ada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tapi pernah anda terfikir, kesalahan apa paling teruk bagi seseorang guru boleh lakukan? Bagi seorang wanita ini, dia bukanlah melakukan kesalahan ketika mengajar di sekolah tetapi lebih teruk dari itu.
Menurut Berita Harian, Mahkahmah Kota Kinabalu telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati semalam kepada seorang wanita yang juga bekas guru sebuah sekolah swasta di Johor.
Tertuduh, Suhailah Abdullah telah ditahan pada 27 Mei 2013 di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu pada jam 11.50 pagi atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 959.5 gram.
Wanita berusia 44 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pada 17 Mac 2015, pertuduhan dipinda kepada hukuman lebih ringan selepas wanita itu mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. Hukuman diringankan kepada penjara selama 14 tahun, lapor NST.
Namun pada 23 Jun 2107, Hakim Nurcahaya Arshad menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Suhailah kelihatan tenang selepas hukuman dibacakan tetapi sebak sebaik dibawa keluar dari pintu mahkahmah. Dia dituduh mengedar dadah pada 27 Mei 2013 di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu pada jam 11.50 pagi.
Banyak pula kes kesalahan jenayah membabitkan warga pendidik semenjak dua menjak ni…
Baca: Guru Liwat Pelajar Tingkatan Dua Lebih 50 Kali di Kuarters Guru di Sarawak