in

“Begok apa ya? Kasian si mati loh” – Kubur Dah Siap Gali Tapi Ada Penduduk Taknak Mayat Frontliner Ditanam di Kampung

Jenazah2 1

Sekumpulan penduduk sebuah kampung di Ungaran Timur, daerah Semarang menyebabkan terjadinya huru hara ketika proses pengebumian jenazah salah seorang frontliner yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut Tribun, Nuria Kurniasih, 38, disahkan meninggal dunia semalam, 9 April 2020 di sebuah hospital dekat Kota Semarang selepas bertarung nyawa akibat virus tersebut.

Covid1

Selepas diuruskan di hospital jenazah terus dibawa ke kampung tersebut untuk dikebumikan. Malah, liang lahad juga sudah digali oleh warga kampung. Namun tiba-tiba, ada sesetengah penduduk menolak jenazah dikebumikan di situ.

Tiba-tiba ada penolakan dari warga. Pada awalnya dari rukun tetangga setempat tidak ada masalah. Bahkan sudah dilakukan penggalian makam. Entah dari mana tiba-tiba ada sekelompok orang yang tiba-tiba menolak di situ.”

Covid 6

Disebabkan itu, pengebumian jenazah terpaksa diubah ke tanah perkuburan yang lain. Menurut Tribun, atas permintaan keluarga jenazah kemudian dimakamkan di Makam Bergota, Semarang bandar di mana almarhum bertugas sebagai frontliner.

Bukan kali pertama kes ni jadi dekat Indonesia… Tak faham kenapa nak tolak pengebumian jenazah? Hormatlah sikit orang dah meninggal kottttt…

Baca: “Hormat lah yang dah meninggal tu” – Penduduk Tak Terima Mayat Pesakit Covid-19, Kubur Digali Semula Sebab Takut Berjangkit

Combine Mayat

Sumber: Tribun