in

Bebas Tuduhan Dadah, G-Dragon Nak Tubuhkan Yayasan Anti-Dadah Untuk Bantu Belia Korea

Gd Anti Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lama sudah tidak dengar tentang bintang K-Pop terkenal ini. Baru-baru ini, G-Dragon memaklumkan akan menubuhkan sebuah yayasan anti-dadah untuk membantu belia di Korea Selatan.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong meluahkan hasratnya itu selepas dibebaskan daripada tuduhan berkenaan penyalahgunaan dadah.


Kontroversi ahli kumpulan Big Bang itu dituduh mengambil dadah turut membuka matanya untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya najis dadah.

Artikel berkaitan: Trending No. 1 Di Twitter, Ramai Teruja BIGBANG Nak Comeback!

Artikel berkaitan: Pelakon Lelaki Dakwa Kurus Kerana Sihir, Rupanya Kuat Ambil Dadah?

553 4

“Seperti yang anda semua tahu, saya melalui detik sukar tahun ini. Sebelum ini saya tak pernah berdepan situasi begini.

“Saya akan menubuhkan satu yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan. Saya mahu mewujudkan sebuah masyarakat di mana semua orang akan dihormati dan menerima layanan yang adil.

“Saya akan bekerja secara aktif untuk membasmi dadah buat golongan belia yang tidak berdaya dan tersasar,” katanya.

Kenyataan GD dibaca oleh wakil daripada agensi baharunya, Galaxy Corporation iaitu Cho Sung Hae dalam sebuah sidang media baru-baru ini.

Menurut Sung Hae, polis secara rasmi menutup kes penyalahgunaan dadah melibatkan penyanyi lagu ‘Good Boy’, pada Isnin.

“G-Dragon telah dibebaskan daripada semua pertuduhan penggunaan dadah dan kami berharap agar anda memberikan sokongan buatnya dalam laluan baharu yang akan dijalankan akan datang,” ujarnya.

GD sebelum ini hadir ke balai polis untuk menjalani pemeriksaan selepas didakwa atas kesalahan mengambil dadah. Hasil pemeriksaan mendapat beliau negatif dadah.

Sumber: Utusan, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.