in

“Bebas tanpa bela diri” – Hakim Jelaskan 3 Alasan Kukuh Kenapa Wanita Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Sampai Maut Tak Bersalah

Lajak3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar Februari 2017 lepas, kecoh satu isu tentang 8 orang remaja maut akibat dilanggar oleh kereta yang dipandu seorang wanita sewaktu berbasikal lajak di atas jalan.

Hari ini, Hakim Mahkamah Majistret Johor Bahru telah menetapkan bahawa tertuduh Sam Ke Ting telah dibebaskan tanpa perlu memanggilnya untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut.


Susulan itu, majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya telah menjelaskan beberapa perkara kenapa tertuduh tak bersalah.

 

1. Jalan gelap dan berselekoh

Menerusi Sinar Harian,  pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Siti Hajar dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan berkenaan bersandarkan beberapa perkara antaranya, situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh.

 

2. Tidak dapat jangka kumpulan berbasikal jam 3 pagi

Pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada jam 3 pagi selain keadaan bahaya itu sendiri dicipta kumpulan basikal lajak tersebut.

“Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan.

“Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di situ. Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi namun hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu. Ia tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tidak tinggal di situ”

 

3. Tertuduh tidak berada dibawah pengaruh alkohol, tidak guna handphone dan memandu dalam keadaan cermat.

Tambah Siti Hajar lagi, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.

Alasan-alasan yang dinyatakan itu memang tidak munasabah jika diarahkan untuk membela diri, bahkan untuk mensabitkan tertuduh itu. Jadi, tertuduh telah dibebaskan tanpa perlu membela diri.

Dalam masa yang sama, Siti Hajar turut mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak bagi mengelak kejadian itu berulang malah pihak polis diminta untuk bertindak tegas berhubung aktiviti berkenaan.

 

Pada 18 Februaru 2017 lepas, Sam Ke Ting, 24 didakwak memandu secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian 8 orang penunggang basikal pada jam 3.20 pagi.

  • Mangsa merupakan remaja yang terdiri dari umur 14 dan 16 tahun :
  • Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14
  • Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14
  • Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16
  • Fauzan Halmijan, 13
  • Mohamad Azhar Amir, 16
  • Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14
  • Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14
  • Haizad Kasrin, 16.

Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Ke Ting terdahulu didakwa di mahkamah sama pada 28 Mac 2017 dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Faizal Mokhtar.

Seramai 46 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan yang bermula Ogos 2017 dengan 214 eksibit.

 

Baca : “Orang tegur nak maki hamun” – Melampau! Budak Basikal Makin Berani Main Lajak Kat Highway

Lajak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.