in

“Be strong bang” – [VIDEO] Pelajar Mechanical Engineering Pasrah ‘Disuruh’ Jadi Cleaner Masa Intern

pages

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi norma bagi para pelajar di universiti untuk menjalani latihan industri atau internship sebagai pra-syarat sebelum mereka bergraduasi.

Dalam tempoh beberapa bulan latihan industri, pelajar perlu berkhidmat dan menimba pengalaman di organisasi luar. Mereka biasanya akan dipantau oleh penyelia syarikat dan pihak universiti sendiri.


Biasanya pelajar akan memlih organisasi yang selari dengan bidang mereka ceburi di universiti. Namun, baru-baru ini tular sebuah video berkenaan tiga orang pelajar yang ‘lari bidang’ dalam tugas mereka sebagai pelajar intern.

Melalui video tersebut, mereka bertiga dikatakan mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti, namun didakwa melakukan tugas cleaner di syarikat tersebut.

Klip pendek yang dikongsi oleh pengguna bernama Haikal itu memaparkan tiga orang pelajar itu sedang duduk di hadapan deretan tong sampah yang dikatakan berbau busuk. Kalau satu tong saja dah busuk, ini kan pula bertong-tong.

Pemilik video itu turut mendakwa mereka diberikan elaun sebanyak RM 300 sebulan untuk khidmat mereka di syarikat tersebut.

Tambahnya lagi, mereka sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pensyarah dari institusi pengajian mereka. Namun, mereka diminta untuk ‘menghadap’ saja arahan aneh dari syarikat tersebut. Jauh betul lari skop kerja tu.

“Cleaner sekarang dah ada engineering” – Netizen

Rata-rata netizen di ruangan komen meninggalkan pelbagai reaksi pada video tersebut. Ada yang bersimpati, ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka ‘lari bidang’ ketika menjalani latihan industri. Mesti diorang pun ‘jem’ nak tulis apa kat buku log.

3 vert

Sabar jelah ye bang… dah nak grad dah tu, sikit je lagi.

Baca: [VIDEO] Luluh Hati Pelajar Ini Bila Kerja Kursus Seninya Rosak Akibat Banjir

2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.