Setiap yang lahir didunia ini adalah insan yang tidak terpalit pun satu dosa kepadanya. Walau seburuk mana kisah ibubapa kandungnya, sekelumit titik hitam pun tidak diletakkan bawah namanya. Apa dosa anak yang baru lahir sehingga sanggup dibuang oleh ibubapanya.
Menerusi Twitter @AfiezyAzaman, beliau ada berkongsi kejadian buang bayi yang dijumpai dalam tong sampah di Ampang. Tergamak buang anak dalam tong sampah. Manusia jenis apa ni?
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai dalam tong sampah hadapan Kedai Speedmart Pandan Indah, Ampang pada awal pagi, Sabtu.
Bayi telah dibawa ke Hospital Ampang dan kini bayi berada dalam keadaan baik. Sebarang maklumat boleh terus ke IPD Ampang Jaya. @501Awani pic.twitter.com/MVZtnFgzAQ
— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) May 25, 2019
Binatang pun sayang anak
Tak pasti apa yang difikirkan oleh si ibu sewaktu buang baby ni. Mungkin malu dengan family dan kita tak nak assume yang bukan-bukan. Tapi tergamak dia buang anak dia macam tu. Allahu
Itu lah. Banyak je tempat yang elok. Kalau tak pun letak je dekat hospital atau baby hatch. Confirm ada orang akan ambil jaga.
Anak yang lahir ni memang tidak berdosa. Yang patut dipersalahkan adalah ibubapanya. Walaupun sehingga kini kita masih taktau sapa parentsnya, rasanya kita patut doakan yang baik-baik aja untuk baby tu.
Maybe non muslim. Tapi apa salahnya letak dekat tempat yang lebih elok. Sekurang-kurangnya selamat lah budak tu. Ini kalau dimakan anjing ni sia-sia je hidup baby tu.
Marilah kita sama-sama doakan setiap orang yang berusaha untuk dapat anak tu dipermudahkan segala urusan dan usahanya.
Ingat, kalau korang ada terjumpa atau terdengar tangisan baby tu, cepat-cepat cari dan pegi selamatkan. Lepas tu hantar dekat tempat yang proper dan buat report polis.