OMG! Ni antara berita yang paling menyayat hati dan dalam masa yang sama menggeramkan. Tak berhati perut langsung sampai sanggup buang baby dekat tempat sampah.
Yang lagi dahsyat, tempat baby tu dibuang merupakan tempat untuk bakar sampah! Tak pasal-pasal baby tu pun kena bakar sekali dengan sampah. Ya Allah….
Kejadian yang benar-benar berlaku ni memeranjatkan warga perumahan Muka Kuning Permai II Kurahan Buliang, Kecamatan Batuaji, Batam, Indonesia selepas mayat bayi lelaki telah ditemui di tempat sampah, lapor Tribun Batam.
Dalam kejadian pada hari Rabu, 25 Julai yang lalu, mayat bayi berkenaan telah ditemui oleh seorang lelaki bernama Putra pada waktu pagi hari yang sama.
Katanya, pada hari tersebut, dia keluar untuk membakar sampah di lokasi itu yang berada di depan tempat tinggalnya. Jelasnya, dia langsung tidak menyedari bau mayat bayi tersebut kerana kawasan pembuangan sampah itu sudah pun berbau busuk.
Kata Purta, selepas menyalakan api dan mengorek sampah yang ada di situ, Putra menemui sesuatu yang mencurigakan berada di bawah timbunan sampah tersebut yang dibungkus dengan tuala bewarna coklat.
Apabila Putra meneliti benda itu, ternyata ianya adalah mayat bayi. Dengan pantas, Putra menyiram air bagi memadamkan api yang sedang membakar sampah-sampahnya tadi sehingga terpadam sepenuhnya.
Insiden tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan mereka segera bertindak serta sedang menyiasat kes tersebut. Sementara itu, jasad bayi malang itu telah dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara di Batubesar, Nongsa.
Harap polis cepat tangkap manusia yang sanggup buang bayi dekat tempat sampah tu!
Baca: Akhirnya Kau Pergi Jua…