in

Bayi Kembar 3 Positif Covid-19 Tapi Ibu Bapa Tak Kena

bayi3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan kesihatan Mexico kini sedang mendalami satu kes yang terjadi terhadap pasangan yang baru sahaja melahirkan bayi kembar 3 ini. Kesemua bayi tersebut didapati positif Covid-19 tetapi seorang pun daripada ibu bapanya terkena jangkitan tersebut.

Bayi kembar 3 yang terdiri daripada seorang perempuan dan dua lelaki itu menjalani ujian saringan empat jam selepas dilahirkan. Mereka lahir tak cukup bulan, usia kandungan hanya 7 setengah bulan sahaja.


Mereka dilahirkan di San Luis Potosi. Monica Rangel, setiausaha kesihatan negeri menjelaskan ia merupakan satu perkara aneh bagi mereka.

Ibu bapanya negatif, itu yang menarik perhatian kami”

113044292 gettyimages 1217492862

Tambahnya lagi, pihak pakar kini sedang mengenalpasti tentang kes ini. Menerusi laporan The Star, dua daripada bayi yang lahir pada 17 Jun berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan simptom COVID-19, kata doktor yang merawat kembar tiga, sementara bayi yang ketiga mengalami radang paru-paru tetapi berada dalam keadaan stabil.

Kata Rangel lagi ketiga-tiga bagi kembar itu kini ditahan di wad dan sedang berada dalam pemantauan.

Terdahulu, Mexico telah melaporkan lebih dari 190,000 kes coronavirus dan mencatatkan sejumlah 23.377 angka kematian, ia sekaligus menjadikannya berada ditempat ketujuh di dunia terhadap kes kematian Covid-19.

 

Baca : [Video] Bayi 1 Tahun Demam Lepas Warga Emas Sengaja Buka Mask Dan Batuk Depan Muka

batuk2 1

Sumber: Google Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.