Adoi! Sanggup buat macam tu kat baby?!
Sedihlah bila berderet kes dera baby jadi dekat Malaysia ni. Lagi-lagi bila si pelakunya ialah pengasuh yang telah diberi kepercayaan oleh ibu bapa untuk menjaga anak kecil mereka.
Menurut Astro Awani, seorang bayi lelaki berusia tiga bulan patah tangan selepas dipercayai didera ketika di bawah penjagaan pengasuhnya di Seksyen 2, Seri Iskandar, Perak semalam. Ya Tuhan, sampai patah dibuatnya!
Pada hari tersebut, bapa kepada bayi berkenaan yang berusia 28 tahun telah menerima panggilan daripada pengasuh tersebut pada jam 11 pagi untuk mengambil anaknya kerana bayi tersebut kelihatan seperti tidak sihat, lapor WORLD OF BUZZ.
Memandangkan dia sedang bekerja pada waktu tersebut, dia meminta bapanya untuk ke rumah pengasuh bagi mengambil anaknya itu.
Apabila tiba di rumah pengasuh berkenaan, datuk bayi malang itu dapat merasakan sesuatu tidak kena pada tangan cucunya itu. Apabila ditanya, suami pengasuh mengatakan tangannya mungkin terseliuh.
Masih tak berpuas hati, datuk bayi berkenaan membawa cucu kepada ayahnya bagi mendapatkan nasihat dan mereka terus membawa bayi tersebut ke klinik serta beberapa hospital sehingga imbasan x ray dijalankan mendapati ada retakan pada tangan kanan bayi itu.
Bayi tersebut telah mendapat rawatan di Hospital Seri Manjung dan telah diberitahu kesan retakan itu disebabkan oleh tangannya telah dikilas dengan begitu kuat.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata laporan telah dibuat oleh bapa mangsa.
“Ekoran daripada laporan itu, polis telah menahan pengasuh yang berusia 46 tahun itu untuk siasatan lanjut.”
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sampai hati!
Baca: Pengasuh Jual Barangan Bayi Jagaan di Facebook Selepas Dera Hingga Patah Tangan