Seorang ibu terpaksa melalui detik mengharukan apabila anaknya yang baru berusia 2 bulan meningggal dunia disebabkan tingkah laku keluarganya yang boleh dikatakan keras kepala.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh ibunya di Facebook, sumbermelaporkan bahawa umur anak kepada ibu yang berasal dari Indonesia ini baru sahaja 54 hari.
Bagi minum jamu, bila nak jumpa doktor kena larang
Perkongsian tersebut memaparkan gambar bayi wanita malang itu sedang bertarung nyawa.. Dalam ruangan caption, si ibu ini menyatakan bahawa keluarga mentua telah memberikan ramuan tradisional iaitu campuran kacang botol dan kencur yang diperah.
Menurut si ibu, dia sudah melarang mereka, tetapi keluarganya tetap berikan kepada bayi tersebut.
“Disebabkan itu, anak saya jadi sesak nafas dan terkena jangkitan kuman di paru-paru.”
Lebih teruk lagi, saat si ibu mahu membawa anaknya ke doktor, si keluarga tidak mengizinkannya sebab mereka mengatakan bahawa adalah lebih baik gunakan perubatan tradisional namun dia tetap berkeras.
Apabila dibawa ke doktor, ibunya ditegur kerana lewat dan keadaan anaknya dikatakan sudah makin teruk. Lebih malang lagi, nasib tidak menyebelahi si ibu ini apabila anaknya yang masih suci itu telah menghadap Ilahi biarpun doktor sudah melakukan bermacam-macam cara.
Baca : Suami & Mentua Bagi Bayi 34 Hari Susu Kambing & Madu Sebab Dakwa Susu Ibu Tak Ada Nutrisi