Kecaman demi kecaman dilemparkan kepadanya, lelaki berbadan sasa yang mengiklankan produk ‘ubat kuat lelaki’ menggunakan unsur-unsur lucah bersama seorang wanita berhijab itu akhirnya buka mulut.
Menurutnya segala adegan yang diberikan itu hanyalah lakonan semata-mata.
Bayaran kepada kami berdua pon sangat lumayan untuk 1 video yang panjang hanya 1 minit.”
Seperti yang telah dipertontonkan sebelum ini, lakonan mereka yang menerangkan tentang tahap berahi untuk lelaki-lelaki sado dan adegan-adegan love bite pada leher wanita tersebut telah menimbulkan kemarahan netizen yang dikatakan tak sensitif dengan budaya kita.
Namun begitu, menurut Muhamad Andika Putera atau lebih dikenali sebagai Andika ini, ia hanyalah menjalankan tugas yang merupakan seorang instafamous untuk mempromosikan produk-produk yang telah dipertanggungjawabkan oleh pengusaha yang membayar perkhidmatannya.
Dia menegaskan bahawa personalitinya ini tidaklah seperti mana yang deksploitasikan di alam maya. Malah dia hanya ikut berdasarkan skrip yang telah diberikan.
Dia juga menegaskan bahawa adegan lovebite itu bukan sahih dan hanya kesan solekan sahaja. Selain daripada mengaku ditawar dengan harga lumayan untuk melakukan adegan itu, Andika kata dia yakin bahawa individu lain pasti sanggup melakukannya.
Kalau korang tempat Dika pon, korang akan akik jugak tawaran berlakon untuk produk ni. Siapa yang kenal Dika depan-depan tahu Dika ni macam mana. “
Malah dia juga menggesa warganet agar tidak menilai orang daripada luaran sahaja. Baca penerangannya di Instagram ini.
Bermacam-macam reaksi netizen berikan ada yang sokong dan ada juga yang kecam kerana ada sahaja strategi lain yang boleh digunakan.
Apapun, kalau nak betul-betul jadi viral tak usahlah sampai masukkan elemen lucah tapi ada betul juga kata Andika mungkin kita kenal orang melalui media sosial itu tak cukup untuk mengenali hati budi seseorang itu.