Pergi bercuti pastinya perkara yang paling dinantikan oleh semua orang dan pastinya sebelum ke tempat atau satu destinasi kita akan banyak membuat research untuk tahu tempat-tempat menarik di destinasi tujuan.
Setelah sekian lama ‘terperap’ dirumah, pastinya tempat-tempat peranginan popular kembali menjadi tarikan selain turut menggunakan kuasa viral bagi memperkenalkan lagi tempat mereka.
Namun, perlu diingatkan, bukan semua perkongsian viral tu best dan seindah seperti mana ia dikongsikan. Setidaknya itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang meluahkan kekecewaannya selepas pergi ke salah satu tempat viral di Cameron Highland baru-baru ini.
Menurut perkongsian akaun twitter dengan nama @ZackAvaricious ini, dia baru-baru ini sempat berkunjung ke salah satu lokasi yang pernah menjadi bualan ramai iaitu Cameron Flora Park di Cameron Highland pada 9/12/2021 (semalam).
“Cameron Flora Park = 0.5/10. Taman bunga mati”
Kapsyen di twitternya jelas menunjukkan betapa kecewanya dia ketika mengunjungi tempat berkenaan yang sebelum ini mendapat perhatian kerana kecantikan pelbagai jenis bunga yang memenuhi segenap ruangan selain kelihatan sangat cantik dalam gambar.
Difahamkan, tempat tersebut mempunyai 2 bahagian ‘pameran’ bunga iaitu bahagian luaran dan dalaman. Menerusi perkongsian Zack lagi, walaupun keadaan bunga di luar tidak menarik selain ada yang mati dan kering, bunga-bunga di bahagian dalam kawasan tersebut masih dalam keadaan baik tetapi tidak banyak variasi.
Tambahnya dalam bebenang tersebut, pada bahagian luar kelihatan jelas pokok-pokok yang ada telah mati dan apa yang kelihatan hanyalah alas plastik yang digunakan sebagai ‘pemegang’ pokok-pokok tersebut.
Lebih mengecewakan, menurutnya bayaran masuk yang dikenakan tidak berpatutan kerana pokok-pokok banyak mati dan kering. Difahamkan, bayaran masuk adalah RM50 untuk seorang dewasa, RM25 untuk kanak-kanak manakala kanak-kanak dibawah 4 tahun masuk percuma.
Menerusi komen pengguna lain yang membalas tweet tersebut, ramai yang terkejut kerana keadaan tempat berkenaan semasa viral tempoh hari ternyata berlainan daripada apa yang ada sekarang.
Selain itu, ada juga yang berpendapat mungkin waktu lawatan tidak kena kerana pihak taman sedang membuat penyelenggaraan.
Fuh, cuba bayangkan anak-anak atau isteri excited nak tengok bunga cantik, bila dah masuk tengok lalang je.
Baca : [VIDEO] Perkongsian Lelaki Ini Tentang Keadaan Semasa Di Cameron Highland Buat Ramai Risau