Siapa yang tak angin weh bila kau bayar makanan mahal-mahal tapi sikit je kuantiti yang dihidangkan atas pinggan tu. Makan pun tak kenyang, dua tiga suap dah habis!
Baru-baru ni, seorang wanita luahkan rasa kecewanya di Facebook sebab dah bayar makanan dengan harga yang tak berbaloi. Admin baca pun geram!
Mynyca Sehnjeev memberitahu dia dan keluarganya melawat Safari Wonderland baru-baru ini dan dicaj sebanyak RM286 untuk tiket masuk including makanan di Safari World Sdn. Bhd. berharga RM17.90. Mynyca dimaklumkan mengenai promosi harga tiket jika dibeli secara dalam talian semasa berada di kaunter dan mengambil keputusan untuk teruskan pembelian di situ.
Yang sedihnya, harga tiket tu untuk lawatan dalam satu park je pun. Lepastu, Mynyca dan family pergi ke restoran untuk redeem makanan mereka yang dah dibayar tadi. And guess what? Dengan harga RM17.90 dorang just dapat nasi, tiga ketul kecil ayam dan sayur je.
“Kami tanya dekat staf bayar mahal dapat ni je ke? Dia kata ya dan ini adalah prosedur dorang.”
“Kami tanya Assistant Manager, Mr. Chong. Dia pun terkejut jugak!”
Ujar Mynyca, Mr Chong kemudian panggil chef untuk pastikan hal ni. Ye lah takkan dapat tu je kan. Tapi jawapan chef tu memeranjatkan mereka. Chef tu kata,
“Memang pun per plate, you akan dapat tiga ketul ayam tu.”
Di dalam posting di Facebook miliknya, Mynyca kesal macam mana pihak pengurusan boleh lepas tangan dan biarkan makanan macam ni diberikan kepada pelanggan dengan harga sebegitu.
Di ruangan komen, rata-rata mengatakan Mynyca dah kena tipu sebab makanan tersebut langsung tak berbaloi walau dengan harga RM6 pun! Admin setujuuuuu!
Sesiapa pun pasti akan merasakan perkara yang sama kalau jadi dekat diri sendiri. Ye lah kalau dah bayar RM17.90, paling tak pun kasilah seketul ayam. Ni tiga ketul yang kecik-kecik dikasinya. Itu belum kira rasa dia lagi tu.
Harap pihak berkenaan akan ambil kira feedback pelanggan ni.
Baca: “Mentanglah dah masuk TV…” – Wanita Cerita Kedai Asam Pedas Melaka Caj RM120 Untuk Lunch