Sebuah video yang memaparkan seorang anggota polis trafik tular di aplikasi X, hari ini setelah ‘kantoi’ meminta pasangan pengembara dari United Kingdom (UK) membayar saman di balai sebanyak RM300 atau secara ‘on the spot‘ sebanyak RM100.
Menurut hantaran @doktorrezz, pasangan itu sedang dalam perjalanan untuk mengelilingi dunia dan sedang berada di Malaysia buat masa sekarang.
Pasangan tersebut juga difahamkan kerap memuat naik video mereka di YouTube.
Namun, apa yang membuatkan netizen menjadi marah adalah tindakan seorang polis yang ‘tidak segan silu’ meminta rasuah daripada pasangan tersebut.
There’s a UK couple doing a van tour around the world. They’re in Malaysia now.
Baru kena saman dengan polis sebab speeding. Ada option nak bayar kat balai polis rm300 atau bayar RM100 kat polis on the spot.
Taktau plak kita ada option ni.
Source: https://t.co/lP19WjYs1j pic.twitter.com/lKU6NUM5XV
— DoktorRezz ?? (@doktorrezz) January 28, 2024
“Pasangan ini baru kena saman dengan polis sebab bawa laju. Ada pilihan nak bayar kat balai polis RM300 atau bayar RM100 kat polis di situ.”
“Saya tak tahu pula kita ada pilihan macam ini?”
Dalam video tersebut, seorang lelaki dipercayai anggota polis trafik memberitahu pasangan terbabit bahawa terdapat dua pilihan untuk membayar saman yang dikenakan.
Artikel berkaitan: Bawa Bakul Penuh Durian, Gelagat Pakcik Ini Naik Motor Redah Banjir Sambil Dibantu Polis Buat Ramai Terhibur
Artikel berkaitan: Isu ‘Bapa Aku Buat Sungai Ni’ Sudah Selesai, Dua Pemancing Berdamai Lepas Jumpa Polis
“Bayar di balai polis atau bayar di sini? Jika bayar di balai, RM300. Bayar sekarang, RM100,” kata polis itu.
Susulan ketularan video tersebut, warganet menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar melakukan siasatan secepat mungkin kerana terang-terangan terdapatnya unsur rasuah.
“Tidak boleh dimaafkan. Saya minta maaf @TREADtheglobe. Rasa malu menjadi orang Malaysia. Baguslah sempat rakam. Moga perkara ini dapat menjadi pengajaran buat pegawai beruniform yang lain,” kata Dila.
“Nampak sangat dia biasa minta. Chill je, macam makan duit haram itu perkara normal,” kata Tk.
“Satu dunia tahu Malaysia negara korup, malu la sikit! Dengan orang asing pun hang dah tak segan silu lagi,” kata Farahin.