in

“Bawa sikitlah pitih tu” – Peniaga Luah ‘Terbeban’ Dengan Pelanggan Guna Cashless

Peniaga Luah Pelanggan Cashless

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas era pandemik Covid-19, dapat dilihat ramai mula beralih kepada pembayaran tanpa tunai atau cashless kerana ia lebih mudah dan selesa.

Bagaimanapun, ada juga segelintir peniaga terutama peniaga yang berada di kawasan yang sukar untuk mendapat liputan internet mengeluh dengan alternatif moden ini.


Seorang peniaga yang dikenali sebagai Kak Ji memuat naik sebuah video meluahkan kekesalan terhadap pelanggan yang bergantung kepada sistem cashless semata-mata sehingga tidak membawa wang tunai ketika keluar rumah.

Artikel berkaitan: “Takkan 100 pun xde dalam wallet”- Kecoh! Staf Gedung Perabot Terkenal Sindir Pelanggan Sebab Tak Bawa Cash Lebih?

@matsallehburger

♬ original sound – Matsalleh Burger – Matsalleh Burger

Dalam luahannya, dia berpesan supaya pelanggan membawa sedikit wang tunai ketika keluar makan meskipun wujud sistem canggih hari ini kerana ada kalanya masalah internet boleh berlaku semasa mahu membuat pembayaran.

“Yang mana suka gaya cashless ni, sekurang-kurangnya letaklah sedikit wang tunai di dalam beg.

“Janganlah ‘lurus’ sangat. Sebab line internet kadang-kadang buat hal. Kita dah siap makan, perut dan kenyang, nak bayar cashless, internet buat hal, macam mana?

“Kalau pemilik kedai tu baik, tak apa, bayar lain kali. Kalau kita tak kenal kedai dan pemiliknya, dia nak benarkan ke?” katanya.

Dia turut meluahkan sudah penat ‘mengejar’ pelanggan yang berjanji untuk membayar hutang di kedainya.

“Penat kita nak kejar, patutnya kedai makan tak ada masalah. Kau datang makan, kau datang bayar. Sepatutnya mudah hidup ni, tapi jadi payah,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju dengan pesanan peniaga ini kerana sememangnya ada pelanggan yang sanggup menipu apabila kaedah cashless digunakan.

Screenshot 2023 11 16 172857 Screenshot 2023 11 16 172922

Jadilah pelanggan yang jujur. Tak berkat rezeki buat begitu…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.