in

“Bawa mengucaplah” – Netizen Makin Melampau, Samakan Nisa AI Dengan Tuhan Pula?

nisa ai tuhan netizen gila

Semenjak dua menjak ini, kecoh di media sosial terutamanya di TikTok akan trend netizen meninggalkan komen ‘tak boleh lawan Nisa AI’.

Komen berkenaan dikatakan agak keterlaluan kerana ia dilihat berada di video yang berkaitan isu Palestin, yang mana perkara itu sangatlah tidak sensitif sehingga mendapat teguran sendiri daripada pempengaruh, Nisa.

Artikel berkaitan: “Tak boleh lawan Nisa AI” – Pempengaruh Perjelas Isu Di Sebalik Trend Viral Di TikTok

Artikel berkaitan: “Tak boleh lawan nisa ai” – ‘Trending’ Lagu Thai Di TikTok, Lelaki Dedah Rupanya Ada Unsur Lucah?

Samakan Nisa AI dengan Tuhan? 

Namun apa yang lebih membimbangkan ialah baru-baru ini tular satu tangkap layar yang memaparkan komen netizen yang dilihat sebagai mempermainkan agama Islam.

Komen tersebut menulis,

Tiada tuhan selain Nisa AI (Nisa AI akbar).” 

IMG 3613

Komen tersebut telah menerima kecaman netizen yang mana rata-rata meminta penulis komen itu mengucap semula kerana dia sudah dianggap murtad dengan perbuatan tersebut.

Tak cukup dengan itu, pempengaruh Nisa juga menegur sikap netizen yang membuat lawak dalam isu agama dan meminta ibu bapa memantau sikap anak masing-masing di media sosial.

WhatsApp Image 2023 11 22 at 9.11.32 AM

WhatsApp Image 2023 11 22 at 9.08.33 AM

Pun begitu, Nisa memaklumkan bahawa posting komen tegurannya telah dipadamkan dari TikTok selepas ada netizen yang membuat report ke atas posting berkenaan.

WhatsApp Image 2023 11 22 at 9.11.33 AM

Diharapkan netizen di luar sana berpada-padalah dalam mengikuti apa-apa trend, jangan sampai taksub dan lakukan perkara di luar jangkaan. 

Sumber: TikTok