Seorang jururawat di sebuah hospital swasta di China telah digantung tugas selepas membenarkan teman lelakinya menemaninya bertugas semasa syif malam.
Menurut sumber, perbuatan mereka mula terbongkar selepas jururawat itu sendiri kongsikan rakaman video tersebut di media sosial, kononnya mahu menayang keprihatinan kekasihnya.
Artikel berkaitan : 2 Guru Tular Terlibat Salah Laku S*ksual Digantung Tugas – JPN Kedah
Artikel berkaitan : KPM Gantung Tugas Beberapa Pegawai Yang Terlibat Dalam Aktiviti Songsang Dalam Spa
Teman dan bantu buat tugasan klinikal
Video yang tular pada 2 Januari lalu itu memperlihatkan teman lelakinya membantu melaksanakan tugasan perubatan bersama-sama.
“Saya dan teman syif malam saya.”
Teman lelakinya yang bekerja pada waktu siang itu dilaporkan sering datang ke hospital pada waktu malam semata-mata mahu menemai cinta hatinya itu bertugas.
Rakaman tersebut mendedahkan yang lelaki terbabit kerap berada di hospital berdasarkan pertukaran pakaian yang berbeza dalam beberapa klip video.

Lebih mengejutkan lagi, dalam klip yang tular itu, teman lelaki jururawat tersebut turut melakukan tugasan klinik termasuklah menulis laporan pesakit bagi pihak jururawat itu.
Isu menjadi semakin parah apabila lelaki tersebut menyentuh komputer hospital selain membantu menyediakan ubat-ubatan serta melabel botol titisan intraverna (IV) untuk pesakit.
Susulan itu, warganet di China meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan pesakit serta mempersoalkan siapa yang akan bertanggungjawab seandainya berlaku kesilapan dalam pemberian ubat-ubatan.

Disebabkan itu, jurucakap hospital berkenaan sahkan yang pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci dan menyifatkan insiden ini sebagai satu insiden serius.
Mereka turut kesal dengan tindakan jururawat itu yang dianggap tidak menggunakan logik akal dalam melaksanakan amanahnya. Dalam satu kenyataan daripada Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Qingdao, wanita tersebut telah digantung tugas secara rasmi atas kesalahan melanggar disiplin bekerja.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa garis dasar keselamatan perubatan tidak boleh dikompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana petugas yang tidak patuh dengan peraturan.
Sumber : Sinar Harian
