in

“Bawa 6 ke 8 orang tengah malam datang halau” – Dihina Sebagai Pengemis, To’Ki Dedah Punca Bawa Keluar Parang

Toki Punca Bawa Keluar Parang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular pendedahan seorang pemilik rumah yang mendakwa seorang penyanyi 90-an enggan membayar sewa rumah dan bertindak agresif ketika diajak berbincang.

Pemilik rumah, Liza Mohamad mendakwa penyanyi yang dimaksudkan iaitu To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur membawa keluar parang ketika dia bersama beberapa ahli keluarga datang ke rumah itu untuk menuntut sewa tertunggak.


Artikel berkaitan: 4 Bulan Tak Bayar Sewa, To’ki Tunggu Baitulmal Cari Rumah Sewa Baharu

Artikel berkaitan: “Dia keluar dengan parang” – Penyanyi 90-an Enggan Berbincang, Tak Bayar Sewa Rumah 4 Bulan

Tokiii

Walau bagaimanapun, To’ki baru-baru ini mendedahkan punca dia membawa keluar parang kerana mahu melindungi diri dan keluarga.

Dia menyatakan punca bayaran sewa tertunggak disebabkan dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga ibu mentuanya yang sakit.

“Bayangkan apabila tuan rumah datang jam 12 tengah malam bawa orang ramai depan rumah memanggil saya pengemis. Kenapa cakap macam tu?

“Saya mesti lindungi keluarga saya, ibu mentua saya kena stroke (angin ahmar) dah dua tahun. Kalau tengah malam datang nak halau saya sampai bawa enam ke lapan orang, jadi untuk lindungi diri saya ambil parang,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut menafikan dakwaan bil elektrik yang mencecah RM6,000. Namun, dia mengakui bil elektrik melambung tinggi kerana penggunaan pendingin hawa.

Mengulas lanjut, penyanyi yang popular dengan lagu Seni Berzaman berkata, dia masih mengambil upah menyanyi di sebuah restoran namun ia tidak seberapa.

Tambahnya, dia juga menanggung dua anak dengan bekas isteri yang masih bersekolah dan menuntut di universiti selain menjaga mentua yang sakit.

“Tawaran kerja kurang. Walaupun saya ni susah, tetapi saya tidak berhutang dengan orang, tak pernah mengemis depan orang. Saya kerja cari duit. Saya tak meminta atau mengemis,” katanya.

Difahamkan, To’ki sedang menunggu bantuan Baitulmal untuk menyelesaikan tunggakan sewa dan mencari kediaman baharu buatnya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.