in

“Bau macam sampah” – Netizen Gesa KKM Pantau Kedai Hidang Air Bungkus Dalam ‘Mangkuk’ Berlendir

ft air pasu kotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepada mereka yang selalu lepak kedai mamak atau kedai tomyam, mesti selalu order air bungkus dalam mangkuk kan? Tapi, korang bayangkan kalau dapat mangkuk tu berlendir, kotor dan berbau, apa reaksi korang?

Baru-baru ini, telah tular sebuah ciapan di Twitter, mengenai seorang individu yang berkongsi kisahnya apabila dia berhadapan dengan situasi di kedai makan yang didakwa kotor dan tidak mengikut spesifikasi kebersihan yang ditetapkan.


Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat beberapa keping foto yang dimuat naik menunjukkan keadaan mangkuk yang disediakan sangat kotor.

Difahamkan, individu terbabit memesan air teh o ais dan diminta untuk dihidangkan dalam keadaan bungkus di dalam mangkuk.

FtmZaagacAA6XuE

Walaubagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah keadaan mangkuk tersebut yang dikatakan kotor serta berbau macam sampah yang terjadi mungkin kerana mangkuk itu tidak dicuci dengan betul oleh pekerja kedai berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku di Bandar Tun Razak Cheras itu, individu berkenaan memberitahu bahawa bau yang datang dari mangkuk tersebut seakan-akan bau sampah.

FtmZaZ4aYAMQjf7

Susulan perkara tersebut mendapat perhatian warganet di Twitter, ada yang tampil dan memberitahu individu terbabit agar melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mereka dapat mengambil tindakan terhadap premis terbabit.

FtmiwkQacAAUK31

Ruangan komen juga dipenuhi oleh netizen yang meluahkan rasa jijik melihat keadaan pasu tersebut serta meminta pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut.

Screenshot 2023 04 14 175311

Semoga jadi pengajaran dekat kita semua untuk check mangkuk atau pasu tu sebelum minum kat kedai mamak…

Baca : Hidang Makanan Guna Penyodok, Restoran Ini Jadi Tarikan Penduduk Setempat

cats 37 728x383 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.